Monday, October 8, 2012

13 Makanan Yang Membakar Lemak

Alhamdulillah, sempat lagi saya update blog hari ni, saya nak share sedikit tips ringkas makanan yang membantu kita semua membakar lemak. Ingat ye, nak bakar lemak bukan je tak makan, tapi paling bagus ialah MAKAN, tapi bukan makan ayam KFC, tapi makanlah makanan yang berkhasiat seperti di bawah





1. Bawang Putih

  • Mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolesterol dan lemak yang tidak sihat.
  • Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak.
  • Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.

2. Epal

  • Mengandungi bahan kimia dipanggil ‘pectin’ yang juga boleh didapati dalam buah beri dan buahan segar lain.

3. Kacang soya

  • Mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak.

4. Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon

  • Mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.

5. Asparagus

  • Mengandungi kimia ‘asparagin’. Ia sejenis ‘alkaloid’ yang membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang.

6. Tauge

  • Sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme.

7. Lobak merah

  • Mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang mana membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan membuang sisa lemak dengan cepat.

8. Seleri

  • Mengandungi kalsium dan mempunyai tahap magnesium tinggi.

9. Timun

  • Mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik.

10.Tomato

  • Tinggi vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang mana ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang juga, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.

11. Teh hijau

  • Mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap ‘plasma triglycerides’ dan membakar lemak.

12. Kobis

  • Makanan terbaik yang membantu mengurangkan lemak.

13. Oat

  • Membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.

No comments:

Post a Comment