Saturday, November 17, 2012

Keputihan Pada Wanita

Keputihan memang biasa dikalangan wanita. Memang keputihan menjadi igauan kepada wanita, dengan rasa tak selesa dan sebagainya. Jangan abaikan masalah keputihan, kerana keputihan juga boleh memudaratkan kesihatan.


keputihan

Apakah itu keputihan?

Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. kamu perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan Normal

Keputihan normal adalah apabila cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.


Keputihan Teruk

Keputihan yang teruk apabila keputihan itu berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan yang tidak normal

  1. Terlalu penat.
  2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
  3. Jangkitan.

Jangkitan kuman yang menyebabkan keputihan yang teruk


  1. Kurap Candidas atau Monilia - Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.
  2. Parasit Trichomonas Vaginalis - Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.
  3. Bakteria Gardnella - Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.
  4. Virus - Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.
  5. Benda asing - Hal yang satu ini kita sering abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

Cara mengatasi keputihan 


  1. Pastikan seluar dalam sentiasa di tukar setiap hari
  2. Pastikan vagina berada keadaan kering.Vagina yang lembap akan menyebabkan bakteria aktif & menyebabkan ketidakselesaan
  3. Pengambilan makanan atau vitamin bagi membantu keputihan

No comments:

Post a Comment