Tuesday, January 22, 2013

Berpantang Selepas Bersalin

Alhamdulillah, hari ini saya berminat nak share dengan anda semua tentang berpantang. Pernah dengar berpantang ? biasalah untuk para ibu yang baru melahirkan anak, kena jaga makan, minum, hubungan, kesihatan dan sebagainya. Jadi jom kita baca sedikit tentang berpantang


pantang cara sihat

Kenapa perlu berpantang ?

Berpantang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia tak kira Melayu, Cina atau India. Selepas sahaja bersalin kita amat digalakkan berpantang selama 44 hari. Malah ada sehingga 100 hari. Kenapa perlu berpantang? Di barat selepas sahaja bersalin mereka kembali aktif seperti biasa. Apa sebenarnya kelebihan berpantang ini? Dikatakan wanita yang rajin berpantang akan mendapat bentuk badan asal, menjadi sihat, segar dan kembali ceria dan mampu mengekal minat suami.

Apa itu tempoh berpantang ?

Tempoh berpantang ini adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan wanita bagi memastikan luka semasa proses melahirkan dapat sembuh sepenuhnya.

Cara berpantang

Ada cara berpantang secara moden dan secara tradisional. Zaman sekarang yang serba moden ramai wanita memilih cara tradisional sebagai cara berpantang.Antara cara berpantang yang sering diamalkan:

  1. Berurut - Berurut merupakan elemen terpenting ketika berpantang. Beurut mampu membetulkan urat-urat badan yang tegang ketika proses melahirkan.Berurut juga mampu melancarkan susu.
  2. Bertungku - Bertungku dapat membantu melancarkan peredaran darah. Sangat best bertungku. menghangatkan badan. Ianya juga dapat membuang angin serta membantu mengecutkan urat yang tegang.
  3. Jamu atau vitamin - Jamu atau vitamin merupakan makanan tambahan bagi mereka yang dalam pantang. Ini untuk memastikan luka dalaman cepat sembuh.badan cergas bertenaga. Jamu bersifat panas dimana kadang-kadang tidak sesuai untuk bayi terutama bayi yang diserang penyakit kuning atau jaundice. Vitamin pulak sesuai di ambil tak kira masa dan sesuai untuk bayi jaundice. Vitamin bukan sahaja untuk kesihatan luaran tetapi dalaman.

No comments:

Post a Comment