Wednesday, January 2, 2013

Masalah Cecair Sendi Menyusut

Sakit lutut.... MENYEKSAKAN bukan.. lebih-lebih lagi masa itu la kena ke sana sini.kena dukung anak. Memang selalu begini, bila usia dah meningkat, biasanya akan jadi masalah kekurangan cecair sendi, rasa sakit sendi. Tapi lebih teruk lagi, ianya tidak mengira tua ataupun yang muda.




Osteoartritis

Osteoatritis sendi lutut ialah penyakit kerosakan dan kemerosostan tulang rawan. Punca utama selalunya proses penuaan. Selain itu disebabkan berat badan yang melampau menyebabkan berat terpaksa menampung beban yang berlebihan. Ini akan menjejaskan bukan sahaja lutut tetapi pinggul, tulang belakang, kaki dan tangan

Gejala radang pada sendi akan meyebabkan kerosakan rawan dan menyebabkan rawan menipis dan lama-lama akan semakin haus dan membotak.

Sendi yang sihat mengandungi bahan cecair pelincir. Cecair ini la yang berfungsi sebagai pelincir dan kusyen untuk mengurangkan geseran antara sendi ketika berjalan, berlari dan membongkok.

Bila cecair kurang, daya serapan dan penyerapan hendakan akan hilang. Maka kesakitan akan belaku ketika aktiviti dilakukan terutama aktiviti fizikal.

Atasi masalah sendi

  1. Ubah cara hidup anda.
  2. Turunkan berat badan yang ideal
  3. Suntikan 
  4. Pembedahan
  5. Pengambilan vitamin

No comments:

Post a Comment