Ingin menurunkan berat badan? Cara paling mudah adalah dengan meningkatkkan kadar metabolisme badan kita. Ini kerana apabila kadar metabolisme meningkat, kadar pembakaran tenaga dan kalori juga meningkat
1. Minum air masak tidak kurang dari 2liter sehari ( terbaik 3-4liter )
Minum air masak memudahkan proses penghadaman dan detox. yang best air masak ada 0 kalori :)
2. Makan 5 atau 6 kali sehari..kuantiti yang sedikit
Menurut kajian makan setiap 3jam sekali akan meningkatkan kadar metabolisme. tapi pastikan makan yang berkhasiat cukup nutrisi :)
3. Makan makanan pedas
makan makanan pedas akan tingkatkan suhu dalam badan dan memudahkan tubuh badan membakat kalori dan tingkatkan kadar metabolisme. Apa lagi? jom pastikan setiap hidangan makanan kita ada cili padi.hehhee
4. Minum teh hijau
teh hijau mengandungi caffein yang rendah untuk merangsang dan meningkatkan kadar metabolisme
0 Comments