Friday, April 19, 2013

Tips Tidur Lena

Salam sejahtera semua, harini saya berminat nak share dengan anda tips nak tidur dengan lena, bagus untuk badan kita kalau nak cergas keesokan harinya. Memang ada yang kata kalau tidur tak lena, badan mesti letih je, walaupun tidur lama dari biasa.




badan segar waktu pagi


  1. Senaman. Bersenam di siang hari membuatkan anda letih dan mudah mengantuk. Malah, ia juga bagus untuk mengatasi masalah kekejangan yang biasa berlaku ketika waktu tidur.
  2. Rutin Menenangkan. Meditasi, mandian panas atau membaca buku adalah cara untuk anda berehat sebelum tidur. Rutin ini membantu anda menghilangkan tekanan lalu menjadikan tidur lebih baik.
  3. Pengambilan Kalsium. Elak atau hadkan pengambilan kafein beberapa jam sebelum tidur. Sebaliknya, minum secawan susu sebelum masuk tidur.
  4. Kekal Hidrat. Pastikan anda banyak minum air sepanjang hari walaupun pada waktu malam. Ia akan membuatkan anda kurang sakit kepala dan membuat tidur lena.
  5. Tidur Sebentar. 1 atau 2 kali tidur sebentar di siang hari sebenarnya boleh meningkatkan tidur anda semasa hamil.

No comments:

Post a Comment