Monday, June 10, 2013

Terlalu Kurus?

Selalu dengar badan gemuk, obesiti tetapi bagaimana dengan mereka yang terlalu kurus? Anda diketegorikan ' terlalu kurus" apabila BMI anda bawah dari 18.5. Adakah anda gembira bila dikategorikan sebagai terlalu kurus? Tahukah anda terlalu kurus juga boleh mengakibatkan beberapa penyakit sekiranya badan terlalu kurus dan kekurangan zat.


vitamin untuk gemuk


Kurang pengambilan Makanan

Kebanyakan faktor utama " terlalu kurus" adalah kurang pengambilan makanan. Ada sesetengah wanita menyatakan yang dia sudah makan banyak tetapi sebenarnya tidak. Akibatnya badan akan kekurang kalori dan kemungkinan kekurang zat penting yang diperlukan oleh badan

Masalah kesihatan

Sebenarnya, terdapat pelbagai masalah kesihatan yang boleh timbul dari masalah ini. Kekurangan zat makanan, keletihan kronik (chronic fatigue), amenorhea (ketiadaan haid) atau pusingan haid yang tidak sekata, anemia (kurang darah) dan kurangnya ketahanan tubuh terhadap jangkitan kuman. Di samping itu ketidakseimbangan hormon juga mampu berlaku terhadap mereka yang terlalu kurus dan ini pasti akan membawa kepada pelbagai lagi masalah lain yang berkaitan dengan fungsi hormon tersebut.

Tips naikkan berat badan


  1. Tetapkan satu berat badan target dalam tempoh tertentu. Pastikan juga ia realistik dan boleh dicapai. Sebagai contoh: 2 kilo dalam masa 6 minggu. Timbanglah berat badan anda setiap minggu. 

  2. Bersenam secara teratur dan berkala. Elakkan senaman yang terlalu meletihkan dan melampaui keupayaan badan sendiri. 

  3. Tidur yang cukup. Kawal stress dan buang tabiat yang membahayakan kesihatan contohnya merokok 

  4. Ambillah makanan berkalori tinggi seperti produk susu, kekacang, buahan kering dan telur. Rehat secukupnya dan ambillah makanan ringan yang berkhasiat di antara sela waktu makan. Lebihan kalori antara 500 ke 1000 kalori sehari dianggarkan dapat meningkatkan berat badan antara 0.5 ke 1 kg berat badan seminggu 

  5. Pengambilan vitamin yang berkhasiat

No comments:

Post a Comment