Kenapa Kolesterol Bahaya ?

Salam sejahtera semua, nampak sangat saya tak ada masa nak update blog diet  diet  sihat ni. Oklah, takpa, janji, saya nak anda semua setia bersama blog ni, yang mahu dihidupkan kembali dengan penuh jayanya. Oklah, kali ini, apa kata kita tengok pula kembali cerita pasal KOLESTROL . Sebab sebelum ni banyak sangat cerita buah dada sensasi, kali ini saya nak sentuh isu yang lebih kontroversi , sebab ada orang  kata kolestrol ini bahaya, ada yang cakap tak bahaya. Tapi sebenarnya, semua para doktor, permakanan, nutrionist,shakleenist pun cakap, kolestrol memang bahaya kalau terlebih, lagi lagi kolestrol jahat. Mari kita baca lagi pasal kolestrol ini.


cara kawal kolesterol


Baik vs Jahat

Seperti saya cakap tadi, memang kolestrol ini bahaya, tapi tak semua benda bahaya tu jahat, ada yang baik. Benda baik ni orang kata HDL, dan yang buat bahaya pulak tu yang orang panggil LDL. Apa beza ketara HDL dan LDL ini ? HDL ini bagus, dia kasi lancar perjalanan darah, kalau nak tahu, dia ambil semua kolestrol jahat ni, dan bawak lari pergi ke usus dan buangkannya. Sebab itu lepas tu, kena minum air banyak, yang dekat usus itu pulak cerita lain. OKlah, LDL ni pulak nama pun jahat. Dia umpama road bully dalam saluran darah. Bayangkan saluran darah anda ok, tenang, tetiba ada road bully yang buat kacau, dia lepak kat tepi bahu jalan, lepas tu buat penempatan dekat tepi jalan itu, buka  kedai mamak, dan makin lama plag lemak tu dah makin banyak sebab ada LDL pembuli ini. Tapi orang kita memang selalu pun, pergi surau pun letak kereta tepi jalan sampai orang menyusahkan orang lain nak lalu, bolehlah diibaratkan sebagai kolestrol jahat.

Pembentukan Plague

Bayangkan bila dah orang parking kereta tepi jalan, berlaku jalan sesak, trafik makin teruk, sebab ramai orang tak boleh keluar masuk, dan masa tu pulak sesak, ramai orang berpusu-pusu, nak ke satu tempat macam kat stadium Shah Alam orang pergi pasar. Macam itulah terjadinya plague, sebab dah banyak sangat LDL dekat saluran darah, jadinya plague. Lepas tu plague tu menjadi aktif tarik semua , dan makin lama, boleh menyekat saluran darah terus. Itu bahayanya, bila dah blok darah  mengalir ke jantung, ada kemungkinan berlakunya serangan jantung, dan macam macam penyakit lagi boleh kena. Bila pengaliran darah dah tak stabil, sebab itu manusia ada darah tinggi. Jadi sebabkan kolestrol sahaja, rosak binasa badan manusia !!!

Senaman Senaman Senaman

Walaupun admin taklah aktif macam orang lain kayuh basikal laju laju naik bukit semua, tapi senaman itu adalah benda asas nak aktifkan dan secara semula jadi nak kurangkan plague yang dah terbentuk dalam saluran darah. Cara paling bagus bila jantung berjaya pam semua darah ke seluruh badan, dan barulah semua anggota dapat zat yang cukup melalui pengaliran darah yang lancar. 

Permakanan Terbaik 

Benda yang paling mustahak selepas senaman ialah permakanan yang seimbang dan betul , supaya dapat mengurangkan kolestrol jahat dan mengurangkan plague yang terjadi dekat arteri darah kita. OKlah, nak tengok jugak apa benda yang bagus tu, so dalam banyak banyak makanan, antara zat yang diperlukan untuk mengurangkan plague dekat saluran darah ialah

  1. Fiber - bagus untuk kurangkan penyerapan LDL , 
  2. Omega-3 - bagus untuk kurangkan tekanan darah tinggi dan kurangkan plague
  3. Niacin - sumber terbaik untuk kolestrol baik, untuk buang LDL
  4. Vitamin C - nak repair saluran darah yang rosak
  5. Coenzim Q10 - mampu menguatkan arteri dan mengurangkan plague

Makanan Harian

Kalau nak refer lagi makanan yang biasa kita ambil, boleh refer kepada entry sebelum ni, yang orang kata 10 makanan yang boleh kurangkan kolestrol. Jadi bagus juga, ambil makanan ni, paling penting sekali tentu buah-buahan dan sayur-sayuran. Oklah, jom layan makan ulam-ulaman, yang ni lagi terbaik.

Comments

  1. haiii..ika datang sini... ika nak mintak tolong sikit ni.. ika nak menang RM500...Jadi nak mintak bantuan sikit... http://www.atikahnorbaki.com/2014/05/jom-like-penyertaan-lavender-di-tumix.html

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg sgt menarik. Saya suka baca entry admin. Jom lah blogwalking ke blog saya juga.. :) www.beautyfatimah.net

    ReplyDelete
  3. tq atas perkongsian admin....suka analogy yang admin tulis..senang nak faham... hihi :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Senggugut Teruk Rupanya Ada Ketumbuhan Rahim