Tuesday, May 6, 2014

Aziz Satar Kata JANGAN BARING WAKTU SIANG

Hari ini, seluruh warga seniman Malaysia dan Singapura bersedih dengan pemergian tokoh besar negara, Datok Aziz Satar yang meninggal pagi tadi. Aziz Satar adalah orang yang paling rapat dengan P Ramlee, dan dia satu-satunya rujukan yang paling penting jika kita hendak mengkaji kisah P Ramlee dengan betul. Tapi apa yang Allah pinjamkan, tentu akan di tarik balik satu hari nanti, takziah kepada keluarga Aziz Satar.


jangan baring waktu siang


Tips Untuk Sihat: Jangan Baring Waktu Siang

Saya tak pasti gambar ini rasanya pada tahun 2011, saya masih ingat lagi apabila Aziz Satar sanggup datang dari Ampang, ke rumah kami, atas memenuhi permintaan kakak saya yang ingin membuat kajian sarjana berkaitan dengan filem P Ramlee. Alhamdulilllah, saya sempat mendengar pelbagai cerita dari mulut Pak Aziz sendiri. Paling penting sekali ialah tips kesihatan yang dia amalkan, Jangan Baring Waktu Siang. Dia sendiri berkata dia belajar ilmu ini dari seorang guru agama. Katanya, kalau badan penat dan nak tertidur, jangan baring, tapi hanya bersandar sahaja. Katanya kalau berbaring waktu siang boleh memenatkan badan itu sendiri. Tapi yang ni kalau tak sakitlah, kalau sakit, cerita lain.

Hilangkan Mengantuk ?

Tak boleh lari dari mengantuk pada waktu petang, mesti nak tidur, tapi jangan risau, kalau anda rasa mengantuk, bolehlah bersandar di sofa, sambil lelapkan mata, kalau tidur baring, takut jawabnya susah nak bangun. Jadi kalau nak lagi bertenaga, minumlah cinch tea mix dari Shaklee, memang terbaik, saya pernah minum cinch tea sebelum khutbah jumaat, memang rasa segar, kalau tidak, asyik tidur je !!!

Apapun, jom layan video Pak Aziz di bawah, memang ada kena mengena sungguh dengan promo bulan lepas. Paling kena tentu sekali produk AJHT yang selalu sangat habis di HQ, harap-harap mereka buat tribute AJHT untuk video Pak Aziz kat bawah ini. 


No comments:

Post a Comment