Badan Penat Bekerja ? Apa Nak Buat Nih ?

Apa nak buat nih ? Penatlah satu hari kerja, kerja, kerja, nak layan anak semua, malam semua nak layan pasangan masing-masing, itu belum lagi macam Saleh Yacob bukan anak je ramai, isteri penuh kouta 4, lagi penat nak layan bini-bini dia tuh. Jadi macam mana nak atasi badan penat bekerja nih ? Ada rahsia tenaga batin ke apa ? Jadi saya terus nak kongsikan dengan anda beberapa tips yang terbaik supaya anda tak penat masa bekerja !!!


kerja letih gila



Minum Air Masak Banyak

Yang ini antara tips paling asas, minum air banyak, air masak, bukan air coca-cola atau teh o ais, nanti boleh kena kencing manis kalau silap dengan gayanya. jadi saya sarankan, minumlah air masak yang banyak. Oklah , saya suka dulu beli air mineral Usrah dekat seksyen 3 area MAIS, memang murah dan menyelerakan lagi.

Makan Sikit Tapi Banyak Kali

hahahha, jangan makan banyak terus dalam satu masa, kalau boleh makanlah sikit-sikit, atau kawal permakanan anda. Lagi-lagi tengah-hari, memang tak boleh elak, makan banyak, lauk makcik tuh masak sedap, kita lepas melantak dua pinggan kuah kari, terus tidur sampai esok hari. Macam mana nak buat kerja kalau dah mengantuk sangat. Adui

Jangan Baring Waktu Siang

Yang ni saya nak ulang sekali lagi tips Aziz Satar, waktu siang janganlah berbaring,sebab badan kita ni kena kuat, jadi seeloknya, kalau dah mengantuk sangat, bagus bersandar sahaja untuk lelapkan mata , lagi kalau tidur baring terus, esok kerja tak siap, hehehe

Selalu Bersenam

Paling penting, badan kita ini kena selalu bersenam, buatlah apa aktiviti yang bagus, kayyuh basikal, panjat bukit, panjat gunung, kerja biawak, kejar penyamun dan macam-macam lagi. Budak budak ASB yang gagah perkasa semua suka main badminton. Macam Kamarudin Suarez pula suka main futsal, sampai setahun booking dewan futsal, memang terbaik dari ladang !!!

Ambil Vitamin 

hahahha, kalau dah semua buat, tambah bagi lagi bagus, ambillah vitamin Shaklee, kasi kuat badan, macam macam boleh, ambil B Complex, vitamin C, tak pun bantai VIVIX, kalau nak mantapkann lagi kerja boleh ambil ESP, dan macam-macamlah lagi. Yang ni kalau tak ambil, saya rasa anda sure punya menyesal, pasal isteri saya yang sarat mengandung pun boleh panjat lagi Candi Borobudur yang tinggi tuh, ni semua hasil konsisten makan Vitalea dan set mengandung yang lain.

Comments

  1. Terima kasih artikel menarik... jom jenguk sini mana tau ada peluang https://www.facebook.com/Easyproductsmakemoney/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara