Betul Ke Baring Cepat Gemuk ?

Betul ke statement di atas ? Kalau betul, nanti lepas habis artikel nih, korang sudi sudilah komen, ok ? Dalam cerita sensasi diet-diet sihat kali ini, saya nak ceritalah sikit pasal baring tidur nih, oklah hari ini entry agak pendek, sebab idea takda, mahu update blog nih, hehehe.


baring jadi gemuk


Jangan Baring Lepas Makan !!!

Hahaha, gambar yang kat atas ini seekor kucing, oklah kucing kalau makan lepas tu tidur, memang montel, ramai orang suka. Tapi kalau kita baring lepas makan, tentu dah kena marah dengan orang tua, tak pun bos kat ofis, kata kita malas buat kerja. Memang ada pepatah kata, kalau baring lepas makan, nanti cepat gemuk. Huhuhu, tapi memang ada logiknya juga. Macam manalah nak sihat kalau makan lepas tu baring, badan penat woo !!!

Makan Lewat Malam 

Paling ketara sekali kalau kita makan lewat malam. Kalau makan berat waktu pagi, oklah, logik susah nak gemuk. Tahu kenapa ? Sebab banyak kalori terbakar, kalau kita buat kerja, lagi lagi kerja berat, bergerak sana sini, windows shopping macam geng supermom sisters, dan lain lain lagi. Petang lagi ditambah dengan aktiviti bersukan, bawa anak main playground. Tapi kalau berdating, yang tu tak jaminlah kalori terbakar, yang tu hati terbakar. Maknanya, makan lewat malam ini kena jaga-jaga. Lagilah malam malam tu makan nasi, benda bergoreng, lepas tu terus baring, hahaha, baik punya lemak tersimpan. Kalau metabolisma tinggi, lain cerita pulak !!!

Baring Waktu Siang

Kalau kamu masih ingat lagi artikel yang aku tulis time mengenang jasa Pak Aziz Satar, yang ni hanyalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Katanya dia memang belajar dari tok guru agama, mengatakan baring di waktu siang memang boleh memudaratkan kesihatan. Katanya kalau dah mengantuk sangat, tidurlah duduk, tapi jangan sampai tahap berbaring. Oklah, tapi kalau dah tahap demam sangat, aku baring je  terus. Boleh baca lagi kisah Pak Aziz kat sini.

Tidur Kena Cukup

Ada juga beberapa kajian menunjukkan orang yang tak cukup tidur, lebih mudah jadi gemuk berbanding orang yang tidur cukup. Dalam kajian tersebut menunjukkan hormon lapar meningkatkan kerana kurang tidur berbanding hormon kenyang. Jadi, bila lapar mulalah nak makan banyak. Korang ada perasaan macam itu ke ? Tapi itu hanya perasaan nak makan. Kalau tak lapar pun makan banyak, lepas tu tak senaman, memang ada harapan nak gemuk.

Aktif 

Apapun, kena aktif, jangan baring je, kan tak sihat, lepas makan pulak tuh. Jadi, bagusnya, kita keluar rumah, buat kerja rumah, sidai baju, barulah best, barulah keluar peluh. Nak bagus main futsal, bolasepak, takraw, lari satu tasik seksyen 7 shah alam sambil cuci mata. Hahhaa, yang oklah juga, tapi kalau dah penat, malam, bagus baring berehat, dan tidur kalau dah takda kerja.

Minum Cinch Shake

Apapun, kalau yang berminat nak dapatkan suplemen untuk kurus, boleh cuba Cinch Shake, saya dah rasa, memang ada beza bila minum nih. Bagi metabolism badan kuat, kalau yang aktif, atau nak best lagi, minum ni waktu pagi, lepas tu buat kerja berat sikit macam bercucuk tanam, basuh kereta, sidai baju, cuci rumah, so bagus untuk melindungi otot dari terbakar. Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca di sini

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara