Kelas BLOG Dari Utara ke Selatan : Memang Penat Tapi Puas Hati

Boleh dikatakan, kami, sekeluarga, dan 4 minggu bermusafir, ada satu minggu itu, bermusafir di kota besar Indonesia Raya. Alhamdulillah, selepas itu pula ke Konsert Supermom Idol, Kembara ASB di ipoh, dan minggu lepas baru balik dari Kelas Asas Blog GNT , memang penat, tapi menyeronokkan. Kalau tak cakap penat, memang tipulah, tak boleh elaklah benda yang meletihkan ini, tapi ada banyak perkara yang membuatkan saya tak boleh penat, dan tak boleh letih bila menghadiri majlis ilmu yang jauh jauh tempatnya .


penat buat blog


Kembara ASB di Ipoh

Memang gile lah baru balik dari Pulau Pinang, setelah melayan konsert Supermom Idol, boleh dikatakan kami masih gila terbayang kepenatan berjalan-jalan, nasib baiklah tak balik terus dari Pulau Pinang, sempat singgah di Jitra, sebelum closing April Shaklee. Selepas itu, hari sabtu kami bergerak ke Simpang pulai, untuk gila-gila blog Kembara ASB episod 2. Memang fikir, anak cucu takda yang hadir, tapi semangat nak belajar, dan puas hati jugalah, banyak benda yang Masta Z cerita masa di kelas haritu. Saya sebagai tukang cakap, dan tukang berkenal-kenalan sahaja, bila dah ada pakar, saya bagi pakar terus cakap. Sambil itu juga yang best nya, mestilah makan-makan dengan geng OSF. Apeh Dolah dan Dilla Jalil berbesar hati nak bawa geng-geng kembara ASB makan di kedai Nasi Lemak Ayam Kampung, memang sedap, lagi-lagi bantai belut masak merah. Semangat itu buatkan rasa hilang penat.



Kelas BLOG GNT di Johor Baharu

Seperti yang dijanjikan, kami kena juga hadir di JB, benda dah lama rancang. Tapi rasanya ada sedikit sedih juga, sebab masa tarikh 9/5/2014, ayah mertua saya pula menjalani, pembedahan bypass jantung di Institut Jantung Negara. Pagi itu rasa tak sempat nak jumpa, kami terkejar sana sini, dan terus berangkat ke Johor Baharu. Jadi peluang bermusafir ini digunakan sebaiknya, mendoakan ayah mertua selamat, dan terus bertambah baik selepas pembedahan. Apapun kelas di JB, yang dilangsungkan di Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan berjalan lancar. Paling gembira tentu sekali dapat mengenali dan pertama kali berjumpa dengan mak epul jaguh dan wardah aina, hahaha. Apapun, kalau tak makan makan, itu bukan keluarg SUPERMOM SISTER, ukhwah kami memang begitu, persahabatan terjalin semasa membuat Shaklee, bukan rekrut ahli semasa bersahabat !!!






Pengalaman Dari Bermusafir 4 Minggu

Alhamdulillah, sepanjang 4 minggu bermusafir, pengalaman mengajar segalanya. jadi mengatasi rasa kepenatan itu pasti, jadi untuk tak berlakunya rasa rasa yang membuatkan kita penat, saya senaraikan beberapa perkara yang saya rasa sendiri semasa nak bermusafir ini.

  1. NIAT - saya rasa apa yang membuatkan saya bersemangat, ialah niat, tentukan niat, betulkan niat, inilah benda paling penting sekali, barulah kita rasa semangat
  2. MINUM AIR - jangan lupa minum air kosong yang banyak. Saya rasa, kurang minum air, membuatkan cepat selsema, hooo, jadi minum air masak banyak lagi bagus
  3. TIDUR AWAL - kalau boleh biar tidur awal, janganlah pulak malam sebelum kelas, pergi merayau tah ke mana, tapi sebab asyik nak edit video, badan terus penat
  4. BERGERAK WAKTU PAGI - masa kelas di Ipoh, memang terasa kepenatan bila drive waktu malam, mungkin saya bukan sekuat anda semua, jadi memang masa itu ditambah lagi dengan kesesakan lalu lintas, jalan jadi perlahan, jawabnya banyak rnr yang saya kena singgah lelapkan mata. Jadi masa di JB, isteri suruh gerak waktu pagi, barulah segar bugar, dan tak stress nak bekejaran balik Shah Alam
  5. SUPLEMEN SHAKLEE - benda yang tak boleh nak tinggal ialah suplemen Omega Guard dan Ostematrix. Memang banyak membantu saya, lagi lagi saya yang mengajar. Omega Guard ini nak kurangkan rasa demam, selsema. Kelebihan ostematrix pula nak elakkan kaki tak penat dan kejang, lagi lagi masa kelas blog,saya kena berdiri lama.

Jom Kembara Lagi

Selepas ini, 24 haribulan, saya akan ke Kota Kinabalu pula, kembara satu hari, balik hari, tentu sekali akan rasa badan memerlukan kekuatan untuk menjelajah negeri dibawah bayu, jadi saya rasa amat penting simpan bekalan,niat, doa supaya terus kuat untuk berbakti dan menuntut ilmu blogging. Apapun, jika anda berminat nak tahu lagi tips kami, boleh segera hubungi kami.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara