Pencegahan Penyakit Jantung : Pengajaran Dari Bypass Operation Ayah Mertua

Oklah, sebenarnya cerita pengalaman di IJN ialah cerita serba sedikit tentang ayah mertua saya yang selamat menjalani pembedahan pintasan (bypass surgery) di Institut Jantung Negara. Alhamdulillah, ayah dapat balik ke rumah di U12, rumah adik ipar . Untuk hari ini, saya suka juga nak cerita beberapa artikel di bawah sebagai panduan kita bersama


makan untuk jantung


  1. Kronologi Sakit Jantung Ayah Membawa Kepada Pembedahan Pintasan
  2. Apa Itu Pembedahan Pintasan (Bypass Surgery)
  3. Layanan Terbaik Di Institut Jantung Negara
  4. Langkah-langkah Pencegahan

1. Ingatkan Sakit Biasa

Boleh dikatakan sebenarnya ada juga dengan ayah mertua cerita yang dia dulu pernah rasa sakit badan , mula dari tahun 2006 kalau tak silap, sebab, saya pun menantu, yang lebih faham tentu sekali mak mertua saya dan adik beradik ipar yang lain. Jadi kalau diikutkan kronologinya lebih kurang macam ni, kalau salah, minta adik-beradik lain tolong betulkan

  • 2006 - Sakit Dada, Sesak Nafas - Itu yang berlaku, kalau dengar cerita dari mulut ayah mertua sendiri, itu yang saya faham, memang kalau ikutkan ayah memang jenis yang berjalan, buat kerja, dan dulu juga rajin berkebun, tapi mungkin kerana kesibukan kerja, ayah mertua dah mula rasa sakit-sakit, mungkin ingat itu sakit biasa-biasa sahaja
  • 2012 - Minor Stroke - Ianya terjadi, semasa ayah nak dalam perjalanan ke cameron rasanya, tiba-tiba kaki ayah cramp, dan check di hospital, doktor yang merawat ayah berkata ayah memang ada minor stroke, berlaku blocking di dalam salah satu urat, kerana ketebalan kolestrol, dan itu menyebabkan badan ayah sakit dan cramp. Kami balik melawat ayah di Putra Medical Centre. Biasalah nasib baik adik ipar dan suaminya ialah seorang doktor yang bertugas di Hospital Klang. Tapi masa ini, diorang baru je tamat pelajaran dan menunggu sahaja peluang kemasukan.
  • 2014 - Mac - Kena Denggi - Boleh dikatakan masa tu ayah cek ke DEMC, sebab rasa demam, lepas tu Dr yang merawat ayah tu kata, ayah kena refer terus ke IJN sebab memang ada sedikit minor stroke di situ. Jadi di IJN, memang ada block di saluran, dan saluran tu memang dah tersumbat habis, jadi yang terbaik ialah pembedahan pintasan atau bypass surgery.
  • 2014 -Mei - Ayah Selamat Menjalani Bypass Surgery - Alhamdulillah, dengar berita dari whatsapp, ayah selamat dan beransur pulih,  dan sekarang ayah duduk rehat di ruma U12, sambil malam nanti bolehlah layan Kilauan Emas 4 peringkat akhir. Jadi, mak yang akan jaga diet permakanan ayah semasa berehat di sini. 

jaga jantung


Alhamdulillah, sekarang ini, ayah mertua hanya perlukan rawatan susulan dan kena jaga permakanan dan sentiasa membuat latihan kardiovaskular, supaya jantung ayah kuat. Setakat nih, oklah, ayah dah boleh solat jumaat di masjid, dan rileks rileks sahaja di rumah U12. Tapi untuk lebih tahu kronologi sakit ayah ni, boleh tanya terus PA mommy hadhatina iaitu saudiri Ainil Farhana anak manja.

2. Apa Itu Pembedahan Pintasan ( Bypass Surgery)

Oklah, untuk bab kedua artikel ini, saya memang akan terus refer kepada wikipedia, di sini memang terbaik, kalau anda nak faham lebih lanjut lagi, atau tanya terus doktor pakar. Jadi boleh dikatakan, bypass di sini bolehlah diibaratkan seperti kita bypass laluan asal saluran darah ke jantung. Hahha, bayangkan jalan biasa dah tersumbat, jadi terpaksa buat satu jalan baru untuk ke jantung. Jadi kena ambil urat kaki, buat satu jalan baru ke jantung, seperti yang anda boleh tengok di bawah ini, gambar pun ambil dari wikipedia.


pembedahan jantung


Prosedur Biasa Bagi Pembedahan Pintasan

Oklah, untuk memahami langkah langkah pembedahan pintasan, saya dengan mudah terus sahaja baca yang di google, yang di bawah ini ialah hasil tangkapan dari monitor skrin saya, dan boleh baca terus di sini. Boleh dikatakan di sini, banyak pakar yang terlibat untuk memastikan pemebdahan pintasan selamat di jalankan. Alhamdulillah, IJN memang antara yang terbaik dalam melakukan pembedahan pintasan, dan biasanya berjaya. Itu kata dari bekas jururawat IJN sendiri, hehehe.

3. IJN Sangat Selesa


Nak sebut pasal layanan di sini, suasana di sini, itu kenalah tanya mak mertua saya, atau pun tanyalah adik beradik ipar saya yang lain, terutama en Fauzan yang menjaga ayah ketika ayah kena denggi. Jadi sebenarnya suasana di sini amat bagus, dan selesa, antara yang saya boleh katakan di di IJN ialah

  1. Masa melawat dari pukul 8 pagi hingga pukul 8 malam. Tetapi kanak-kanak hanya di benarkan melawat pada pukul 6 petang ke atas. 
  2. Hanya seorang sahaja yang boleh duduk bersama pesakit setiap malam di IJN, biasanya mak dan fauzan yang biasa tidur di IJN ni
  3. Kafe dia biasanya buka hari biasa, hari ahad tutup, kalau nak layan kopi itu adalah kafe Gloria kat bawah itu, itupun selera barat.
  4. Ada hotel penginapan betul betul mengadap IJN, kat situlah adik beradik ipar lain tidur, sehari sebelum ayah mertua di bawa ke bilik pembedahan pada pukul 8 pagi
  5. Parking macam biasa kena jalan jauh sikit, tapi kalau ada RM 15, bolehlah terus ambil valet parking.
  6. Selain itu, ada macam-macam lagi kemudahan seperti ATM, surau,toilet, kedai mynews dan sebagainya.
  7. Nak ke IJN biasanya saya akan ikut jalan semarak, ikut dari belakang menggunakan lebuh raya DUKE melalui NKVE. 
  8. Kalau nak makan sedap, bolehlah singgah di area kampung baru, atau area belakang Istana Budaya, ada makan sedap di sana.

4. Langkah Pencegahan

Apapun, penyakit jantung ini memang susah hendak dikesan, tetapi secara amnya, kita boleh tahu beberapa faktor dan langkah pencegahan yang boleh diambil untuk memudahkan kita dan ahli keluarga yang tercinta dari terkena serangan jantung yang teruk. Di bawah ini ialah maklumat yang saya ambil di sini.

Faktor Risiko Penyakit Arteri Koronari

  • Darah Tinggi
  • Merokok
  • Kegemukan
  • Kurang Aktif
  • Tahap Kolestrol Tinggi
  • Kencing Manis
  • Mikroalbuminuria atau dianggarkan GFR < 60 mL/min.
  • Sejarah Keluarga

Pencegahan Penyakit Jantung

Seperti biasa, dan semua orang tahu, lebih bagus untuk mencegah, dan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat, dan pastikan kesihatan yang bagus. Jadi antara beberapa langkah yang bagus untuk pencegahan penyakit jantung ialah
  • Mengawal Tekanan Darah
  • Selalu bersenam
  • Berhenti Merokok
  • Jalankan pemeriksaan kencing manis
  • Periksa tahap kolestrol
  • Makan banyak sayur atau buah (kaya dengan serat)
  • Kawal berat badan

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara