Saturday, May 17, 2014

Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif : Tips Dari Suami Yang Penyayang

Dalam artikel hari ini, sempena Kelas BLOG di Kajang, saya akan bercerita tentang 3 perkara di bawah:

  1. Tekanan Penyusuan Susu ibu yang dialami oleh Ainul
  2. Sokongan Yang Saya Berikan
  3. Pengalaman  Ainul Menggunakan Set Penyusuan Susu Ibu Shaklee


1. Tekanan  Ainul yang Kerja Tak Tentu Masa

Tiada Masalah Masa Berpantang

Boleh dikatakan Ainul masa baru lahirkan Arreessa, memang ada masalah susu untuk pertama kali, jadi saya perlu bersabar, dan memahami yang susu ibu untuk budak yang baru sahaja sebulan dua memang sedikit, sebabnya, susu ibu memang yang keluar itu cukup-cukup untuk bayi. Oklah, Alhamdulillah, masa berpantang tiada masalah. 

Stress Masuk Kerja

Tetapi, setelah Ainul masuk kerja, dibebani dengan tugasan atau workload yang banyak, perlu pergi ke site, dan ditambah pula dengan tekanan lain, memang saya nampak Ainul tak berapa nak happy, dan selalu komplen juga susu badan untuk Arreessa drop. Boleh dikatakan masa itu, kami baru nak menceburi, terbuka minda nak business, tapi masa itu bukan business Shaklee, tapi business syarikat burung merah itu.

Upline Suka Push

Apabila menceburi bidang business dan ditambah lagi dengan UPLINE dia dulu yang sangat pushing, suruh datang kelas, tinggalkan anak, jadi Ainul rasa stress sangat, memang masa itu dia nangis sebab susu tak cukup. Jadi kena cari jalan penyelesaian supaya Arreessa dapat melepasi 6 bulan pertama peringkat penyusuan .


bapa tolong ibu


2. Saya Cuba Memahaminya Walaupun Saya Berjiwa Metal

Saya sentiasa beri sokongan, setiap apa yang Ainul suka buat, dan menganggap semua itu ialah cabaran dalam kehidupan, dan di sini dapatlah Ainul belajar banyak benda. Dalam masa yang sama, untuk mengatasi masalahnya, saya dapat pelajari banyak benda , dan selain itu, saya juga beberapa makanan dan tips yang bagus untuk penyusuan susu ibu yang sempurna. Antaranya ialah:

  • Susu ibu sentiasa cukup untuk anak, dan memang perut bayi bukanlah seperti perut saya yang besar ini
  • Sentiasa bersabar dan beri sokongan, sebab kalau Ainul stress, memang susu berkurang
  • Saya beri galakan dan sokong dia hantar susu ke rumah, walaupun terpaksa menempuh jalan sesak , ulang alik dari lebuh raya persekutuan
  • Saya sama sama cari minuman yang boleh tambahkan susu seperti air longan, kurma merah, halba, dan macam macam lagilah sayur-sayuran yang namanya pelik-pelik.
  • Bawa dia pergi mengurut, untuk tingkatkan produktiviti susu badan.
  • Keluarkan duit beli breast pump yang canggih seperti Freestyle yang hampir RM 2000 ketika zaman 2011.

susu badan banyak


3. Shaklee Memang Penyelamat Keluarga Kami

Sebenarnya saya dah pernah dengar dulu tentang Shaklee, tapi masa itu , saya dikaburi dengan business MLM shaklee yang ketika itu memang jenis haram jadah, cari orang dan cari orang. Saya tak pernah dengar pun pasal produk Shaklee ini memang berguna dan banyak manfaat. Sehinggalah, saya diberitahu oleh Ainul, dia membeli dari upline kepada uplinenya sekarang iaitu Lyna Noh. Saya masa itu ingat lagi dia ambil dua jenis suplemen, iaitu Alfalfa Complex dan Energizing Soy Protein, ESP.

  1. Alfalfa Complex - Saya nampak apa ke benda tah yang Ainul telan ini, macam pil hijau, macam pelik pun ada mula-mula, tapi bila tahu, saya pun rasa pelik jugak dengar namanya Alfalfa. Tapi bila dengar khasiat dia, wah terkejut saya, rupanya Alfalfa ini memang terkenal sebagai MILK BOOSTER !!!. Alfalfa juga dikenali sebagai RAJA MAKANAN
  2. Energizing Soy Protein - Memang rasa mantap minum ESP ini, selain boleh buat pelbagai resepi, Ainul rasa bertenaga bila minum ESP ini. Sumber protein soya ini memberikan prtein dan membuatkan badan kita rasa cergas, yang dilengkapi oleh sembilan asid amino yang diperlukan oleh badan
Alhamdulillah, minum ESP dan pengambilan Alfalfa Complex ini banyak membantu dan menambah kebaikan dan kesihatan Ainul. Bolehlah nampak, peti ais tuh dah penuh sikit dengan susu EBM Arreessa. Dulu macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sekarang tak perlu risau nak ulang alik Shah Alam -KL. Nampak perbezaan ketara lain selain susu banyak, antaranya ialah

  • Nampak kulit Ainul lebih licin dan gebu
  • Lebih anjal dari dulu, memang Ainul kata dia rasa lain
  • Detoks badan lebih mudah
  • Rasa badan cergas, walaupun mula mula makan Alfalfa badan panas

Hanya Yang Terbaik Untuk Arreessa

Alhamdulillah, dua tahun Arreessa dapat khasiat susu ibu dari emaknya, walaupun Arreessa sampai tiga  tahun lebih pun susah nak lepaskan puting susu emaknya, asyik nak menempek kat mak dia je. Tapi saya puas hati dapat memberikan dan sokong Ainul untuk dapatkan Phd dalam penyusuan susu ibu. Tak sabar rasanya nak tunggu anak kedua pula. Ainul pun sekarang bertungkus lumus guna set kehamilan Shaklee. klik gambar di bawah untuk memesan set breastfeeding secara online


pengedar shaklee seksyen 8 shah alam


013-3612717
ainulfadzilah@gmail.com

4 comments:

  1. terima kasih untuk info breasfeeding ni, jemput ke blog saya untuk tips penyusuan yang menarik
    TIPS PENYUSUAN UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU IBU.
    http://nastashanordin.blogspot.com/2014/09/tips-membanyakkan-susu-ibu-membuatkan.html

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas info yg bermanfaat ini...

    ReplyDelete