Monday, June 23, 2014

Diet Rendah Kalori Boleh Ke ?

Semuanya dah berangan nak kuruskan badan, lagi-lagi nak bulan puasa ini, memang bagus amalan puasa kepada kita, boleh kuruskan badan, jaga kesihatan, rehatkan usus. Tapi kena ingat, diet pun diet, tapi kenalah jaga kalori yang perlu diambil, hooo kalau terlampau tinggi, jadi gemuk, tapi kalau rendah sangat boleh ke ? Jom baca lagi di bawah.


rendah kalori


Keperluan Kalori Harian

Basala Metabolic Rate

Sebelum kita nak amalkan kalori harian ini, manusia macam kita ini kena ambil tahu, berapa kalori harian yang perlu diambil, supaya badan kita dapat berkerja dan tak terlampau penat. Oklah, satu formula mudah ialah dengan mengikut formula Basal Metabolic Rate (BMR) seperti di bawah:

BMR(P) = 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm) - (4.7 x umur dalam tahun)
BMR(L) = 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)

Daily Calorie Requirement

Oklah bila dah tahu BMR, kita boleh juga kalori yang untuk kegunaan harian, ianya di panggil Daily Calorie Requirement (DCR), Ianya pula bergantung kepada lifestyle kita, sama ada kita aktif, rajin bersukan atau rajin update blog depan komputer. Cara pengiraannya perlukan BMR sebelum ini

DCR= BMR x Pemalar :

Pemalar ini ialah pemalar yang melambangkan aktiviti harian kita:

  • 1.2 - kurang senaman atau takda langsung, jenis kerja duduk je
  • 1.375 - senaman ringan/bersukan 1-3 hari/seminggu
  • 1.55 - senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/seminggu
  • 1.725 - senaman berat/bersukan 6-7 hari/seminggu
  • 1.9 -senaman berat setiap hari/ 2 kali sehari senaman macam pelumba marathon

Berapa kena ambil ?

Oklah berdasarkan pengiraan BMR dan DCR, bolehlah dikatakan pengambilan kalori untuk kurus ialah di bawah DCR tetapi mesti lebih dari BMR, iaitu minimum kalori yang perlu diambil oleh seseorang. Kalau terlebih dari nilai DCR, takut akan berlaku kegemukan. Kalau korang dari BMR, ianya boleh memudaratkan.


Makan Buah- Buahan

Pengambilan makanan pun penting, jadi kena tahu juga setiap makanan ada sumbangan kalori. Paling bagus ialah makan sayuran yang tinggi serat, kerana serat ialah zero kalori, makanya perut akan rasa kenyang dan penuh, tetapi kalori masih rendah. Buah-buahan pun kena jaga-jaga, terutama yang makan buah-buahan yang banyak, boleh jadi penyumbang kalori.

Diet Tinggi Protein

Sesetengah orang berkata diet yang bagus untuk kurus ialah dengan mengambil protein yang banyak lebih dari kaborhidrat. Hooo, itu memang betul, tapi kalau tidak seimbang, sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan. Ada beberapa formula yang bagus , kita kena balancekan pengambilan kaborhidrat, protein dan lemak, dan masih berada dalam nilai kalori yang tidak tinggi dari DCR.

Tingkatkan Metabolisme

Kalau nak kurus cepat, nak bakar lemak dengan cepat, kita kena tingkatkan Metabolisme. Sebab itu nilai kalori kita kena cukup, dan seeloknya perlulah aktifi, barulah metabolisme meningkat, dan mudah untuk bakar lemak dalam badan. 4 tips mudah yang boleh anda ikuti ialah
  1. Minum Air banyak sekurang kurangnya 2 liter (3-4 liter yang terbaik)
  2. Makan 5 hingga 6 kali sehari, dengan kuantiti yang sedikit
  3. Makan makanan pedas
  4. Minum teh hijau.

Diet Seimbang

Biasanya walaupun seseorang itu boleh kurus dengan tanpa makan, ianya boleh menjejaskan kesihatan, dan boleh menyebabkan penyakit lain. Oleh itu, diet seimbang sambil menjaga nilai kalori dan metabolisme amat penting. Oleh itu kekurangan khasiat semasa menurunkan berat badan perlu diatasi supaya badan kita sihat.

Lakukan Senaman

Hehehe, ini paling penting sekali, apapun makanan yang kita ambil , memang kita ini malas nak kira kalori, tapi paling penting ialah hidup aktif, buat senaman, tak semestinya berat, tapi boleh juga buat aktiviti harian di rumah seperti sapu sampah, kemas rumah, janji sihat dan aktif. Nak lagi bagus, pergi gym, berbasikal dan macam macam lagi,

No comments:

Post a Comment