Jom Jaga USUS

Usus merupakan organ terpenting bagi manusia. Tetapi ramai kita yang mengambil endah pasal usus ni. Usus diterbalikkan jadi susu, hahhaha. Tapi kena tahu juga , usus ni penting, jangan main main. Jom jaga usus, dan baca kat bawah nih


masalah usus



Apa itu Usus ?

Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia mempunyai dua bahagian:

  1. Usus kecil- tempat makanan diserap 
  2. Usus besar- tempat air dan garam diserap 
Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan rektum.

Kepentingan USUS


  • Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita.
  • Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus).
  • Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi.
  • Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil.
  • Usus besar boleh menyerap mineral dan air.
  • Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit(tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil)
  • Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik. 


Mengapa detox / mencuci usus penting ?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tanda-tanda awal kanser payudara

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak