Wednesday, July 2, 2014

Bahaya Air Minuman Kepada Bayi

Alhamdulillah, hari ini bercerita lagi dari hospital putrajaya. Baca artikel ini, masa tunggu ainul, memang best, pasal memang banyak isu sebenarnya pasal budak minum air masa bawah 6 bulan ini.jom kita tengok apa yang tak bagusnnya pasal minum air masak kepada bayi. Rujukan ialah flyer


baby minum susu

Kenapa Bahaya Beri Minum Air Kepada Bayi Bawah 6 Bulan

Seperti tajuk yang dibincangkan di atas, ada 4 sebab utama kenapa memberi air minuman sangat bahaya, dan tidak bagus kepada bayi bawah 6 bulan. Antara 4 sebab itu ialah
  1. Merencatkan Tumbesaran -  bila dah minum air, jawabnya bayi cepat kenyang. Jadi bila dah kenyang bagi susu ibu pun tak nak. Zat dalam susu ibu tidak dapat diserap, dan air minuman itu pun tidak mempunyai khasiat yang bagus. Tambahan lagi, kajian menunjukkan memberi air glukos pada bayi boleh mengurangkan berat badan bayi, seterusnya merencatkan tumbesaran bayi tersebut.
  2. Merencatkan Akal - beri air minuman pada peringkat awal boleh meningkatkan bilirubin di dalam darah. Pakar laktasi menyatakan memberi air memburukkan bayi yang diserang jaundis sehingga menyebabkan 'kenicterus' iaitu terencat akal. Bayi boleh cepat lesu dan tidak bermaya.
  3. Mengancam Nyawa - Air kotor yang tidak ditapis, mengandungi kuman, yang boleh menyebabkan cirit-birit. Air boleh menghakis salutan pelindung yang dihasilkan oleh susu ibu, dan ini boleh menyebabkan bayi terdedah kepada jangkitan kuman.
  4. Mengakibatkan Sawan Tarik -  Air yang terlampau banyak kepada bayi boleh mencairkan garam dalam dalam. Ianya boleh menyebabkan suhu badan menurun, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dikenali sebagai 'oral water intoxification'. 

Tips Meningkatkan Susu Ibu

Semua dah tahu, susu ibu adalah yang terbaik buat anak-anak yang comel. Sehinggakan, dalam Al-Quran pun berkata hendaklah menyusu sehingga 2 tahun. Tapi ramai tak sedar, dan ramai juga gagal di tengah jalan kerana susu ibu berkurang. Jadi, saya nak share sikit tips dari saya

  1. Fahami Konsep - konsep penting dalam susu ibu ialah supply dan demand. Selain itu kena tahu juga beberapa teknik dan pengurusan susu ibu, bagi yang bekerja.
  2. Tangani Stress - antara faktor yang menggagalkan ramai ibu diluar sana ialah STRESS. Jadi, pengurusan stress amat penting, kena tahu stress boleh menjejaskan produktiviti susu ibu.
  3. Dapatkan Sokongan Suami  - sokongan suami amat penting, kerana suami yang paling cool, boleh menenangkan , dan boleh berfikir secara rasional. Suami memang main peranan kalau nak menjayakan penyusuan susu ibu dengan sempurna.
  4. Mendapatkan Maklumat Yang Jelas - rajin rajin untuk membaca dan bertanya kepada pakar bagaimana henda menjayakan penyusuan susu ibu. Jadi, banyak tempat menawarkan perkhidmatan ini.
  5. Menjaga Permakanan - para ibu perlu tahu kesihatan, dan perlu jaga permakanan dan keperluan makanan tambahan yang amat penting. Jadi badan akan menjadi sihat, produktif. Selain itu, zat dari makanan tambahan itu dapat dinikmati oleh bayi itu juga.

No comments:

Post a Comment