Menangani Stress Dengan Bijak

Bila kita cerita pasal STRESS ni, semua orang tahu, Stress ni memang menghantui setiap pemikiran manusia, sampai ianya boleh menjejaskan kesihatan. hooo, itulah pasal, bila cerita bab kesihatan, kenalah berwaspada sedikit. oklah , macam macam punca stress ni, kekadang dari ofis, jiran buat bising, duit hilang, eksiden motor, dan macam-macam lagilah, jadi kenalah kawal stress nih.


penyakit stress


Bahaya Stress

Memang bahaya stress woo, kalau ikutlah adik ipar aku yang doktor tuh, punca penyakit segala penyakit dari nombor satu sampai ketiga ialah stress, stress dan stress. Jadi, kenalah berhati-hati, jangan stress tu menggangu perasaan. Banyak research aku baca, stress boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, menjejaskan hormon, dan banyak lagi.


hormon endorphins

Riadah dan Aktif

Kalau nak cerita pasal riadah ni, dulu saya rajin turun main takraw, dan memang bermain dengan rakan akan kurangkan stress, tambahan lagi kalau main sambil berjenaka. Tapi, jangan tak tahu, bila bersukan, hormon gembira ENDORPHINS akan dilepaskan, dan ini membantu mengurangkan stress dalam badan. Kalau nak lebih best, dengarlah kata kata pakar motivasi pasal hormon phin ni, confirm kurang stress. Bapak aku rajin berkebun, sebab tu dia seronok, berpeluh, tapi dapat hasil


khasiat vitamin B5

Jaga Permakanan

Lagi satu, tolong jaga permakanan, sebab ada juga benda makanan yang buat kita stress. lagi satu ada bila kita stress ni, buat kita nak makan je, kang gemuk pulak. Tapi yang paling menarik, kajian menunjukkan pengambilan vitamin B, memang bagus untuk mengurangkan stress. Macam saya pun, kalau ada rasa sakit kepala, dah tak makan panadol dah, tapi ambil lebih banyak vitamin B, dan cuba berehat jika perlu


fokus kurangkan stress


Fokus Dalam Kawalan Kita

Selain dari makan, bersukan, apa pun, fokus kepada semua benda yang boleh kita kawal, kalau nak kurangkan stress. Sebenarnya, benda yang buat kita stress ialah benda yang diluar kawalan kita. Contohlah memang dah jalan jammed pergi kerja ikut federal highway, jadi apa yang boleh kita buat ialah bangun awal pagi pergi kerja, so memang dah boleh elak jammed. Hahha, jadi, toksah kalut sangat benda yang kita tak boleh kawal, tapi cari banyak benda yang boleh kita perbaiki dalam lingkungan kawalan kita.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara