Thursday, July 3, 2014

Rawatan Hidroterapi

Alhamdulillah, hari ini kita cerita sikit pasal rawatan hidroterapi. Hoo, apa benda nih ? Hoo, bayangkan kalau korang tengok air, nak ambil wuduk, kalau panas marah, pun ambil wuduk, solat. Hoo, boleh nampak tak cerita pasal air ni kan bagus,hahaha. Oklah, masa jalan-jalan kat hospital ini, ternampak satu poster pasal hidroterapi, bagus jugak share sikit .



kebaikan air



Apa Itu Hidroterapi ?

Hidroterapi ini kiranya rawatan yang menggunakan air, untuk merawat dan juga meningkatkan kesihatan. Kenapa kena guna air ? tak guna pasir ke, apa ke, minyak ke. Kiranya dalam webMD ini, secara teorinya, air ini bagus sebab

  1. Air boleh pengalir haba dan tenaga
  2. Air boleh menguraikan benda lain, termasuk mineral dan garam
  3. Air sukar sakitkan badan
  4. Air boleh jadi stim, cecair, dan ais. Biasanya ada rawatan air dan stim
  5. Air membantu pengaliran darah
  6. Air lebih menenangkan
  7. Air mengurangkan sakit sendi dan memberikan rintangan semasa bersenam

Faedah Hidroterapi

Banyak faedahnya, kalau ikut dalam gambar kat atas, boleh membantu merawat acne, athiris,demam,pening kepala, sakit perut,sakit sendi,otot, penyakit saraf , masalah tidur dan stress.


Selamat Tak Hidroterapi ?

Hidroterapi memang selamat, kalau buat betul-betul. Cumanya kena minta pendapat orang yang pakar. Masa nak buat hidroterapi pun mesti ada pakar yang tolong bantu kita bersenam dalam air. Ada yang sesuai dan ada yang tak sesuai, jadi kena tanya pakar jika nak buat hidroterapi.

No comments:

Post a Comment