Diet Sayur-Sayuran : Bagus Untuk Detox

Alhamdulillah, baru berkesempatan nak edit entry ni. Oklah, semua orang tahu kebaikan detox, nak singkirkan toxin atau benda kotor dalam badan. Bagusnya detox pun boleh membantu mengurangkan berat badan dan sebagainya. Oklah, jom kita tengok satu-persatu tentang detox.


kenapa kena detox

Kebaikan DETOX

Oklah, kalau nak cerita pasal detox ni, bolehlah korang tengok banyak sangat buku, website, blog, majalah, dan flyers. Seperti dalam website eh.com.my, detox membuang segala toksin dalam badan. Ianya membersihkan darah yang memasuki hati (organ penting yang memproses dan menyahtoksin apa yang kita makan).  Selain itu toksin ini boleh dibuang dari organ lain seperti buah pinggang, usus, paru-paru, limpa dan kulit.

Bahaya Tanpa Detox

Memang bahaya jika badan kita tidak boleh memproses bahan yang masuk dalam badan, ianya boleh merosakan sel tubuh kita. Ada yang jadi gemuk, kulit berminyak, dan bermacam-macam lagi. Tapi pada satu tahap ianya boleh merosakan DNA, dan boleh menyebabkan kanser.

15 Makanan Yang Bagus  Untuk Detox

Oklah, yang ni sangat simple, rujuk sahaja gambarajah di atas, memang bagus untuk detox dan membersihkan organ dalaman kita. Oklah, kiranya dalam gambar itu, 15 makan tersebut ialah:

  1. Lobak Hijau - antioksidan yang bagus untuk mengaktif dan mengawal enzim detoks
  2. Lada Loceng Merah - mengandungi 3 kali lebih banyak vitamin C dari buah oren menukarkan toksin yang mudah dihadam.
  3. Buah Sitrus - kaya dengan vitamin C (tukar toksin kepada benda yang mudah hadam)
  4. Kacang Hijau - mudah dihadam, menyerap lebihan toksik dari dinding usus
  5. Walnut - memberikan khasiat omega-3 yang membantu proses detoksifikasi
  6. Biji Bunga Matahari - tinggi selenium dan vitamin E, membantu hati untuk detoks, selain mencegah kolestrol dari terbentuk
  7. Selada Air - mencegah radikal bebas dari sel, mengaktifkan enzim pembersihan dalam hati dan agen diuretik semula jadi
  8. Kunyit - stimulasi fungsi hati untuk proses detoks
  9. Biji-bijian - tinggi serat , bagus untuk detoks
  10. Artichokes - penuh dengan cynarin, meningkatkan pengeluaran hempedu dan penghadaman yang sihat
  11. Lentil - tinggi serat, membantu pembuangan toksin, merendahkan paras kolestrol dan menstabilkan kandungan gula dalam darah
  12. Bawang Putih - stimulasi hati untuk hasilkan enzim detoks
  13. Brokoli - memberikan vitamins dan meneutralkan serta menyingkirkan toksin
  14. Limau Gedang - membantu merendahkan kolestrol, mencegah batu karang serta membantu proses penghadaman
  15. Timun - mengandungi 95% air, membantu menyingkirkan toksin dan mengalkalikan badan yang menyerap nutrisi.

Khasiat Alfalfa

Seperti yang ramai tahu, Alfalfa , raja segala tumbuhan, memang mempunyai seribu satu khasiat, macam macam ada dalam Alfalfa. Alfalfa memang terkenal sebagai agen detoks yang berkesan. Jadi, memang mudah jika mengambil suplemen Alfalfa untuk mereka yang ingin membersihkan darah dan menyingkirkan toksin.

Comments

  1. Sayur-sayuran memang banyak kebaikan...Sayangnya ramai yan kuran emar makan sayur-sayurankan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara