Panduan Pengiraan BMI

Alhamdulillah, untuk hari ini, jom kita tengok apa itu BMI, kenapa BMI ni penting dan sebagainya. Oklah sebenarnya, ramai dah tahu pasal BMI ni, formula pun senang nak hafalkan. Oklah, jomlah kita ulangkaji sedikit apa itu BMI.




Body Mass Index

Dekat Malaysia , BMI ni kira standard untuk tentukan sama ada kita ini obes atau tidak. Jangan tak tahu, Malaysia adalah negara yang juara OBESITI di Asia Tenggara dan Asia. Memang negara kita ni ada banyak masalah. BMI ini senang je kita, ambil berat dalam kg dan bahagi dua kali tinggi kita dalam meter. Hahhaa, so korang boleh tengok jadual diatas, kalau dalam linkungan 18-25, maknanya berat badan korang ok. Jangan lebih sudahlah, sebab OBES ini bahaya, tak sihat.

BMI Negara Lain

Kalau korang pergi negara lain, ada je standard BMI diorang, lagi lagi negara jiran Singapura, memang sangat mementingkan BMI dalam negara diorang. Memang ada di Jepun, berat badan sangat penting untuk meminta sesuatu pekerjaan. Jadi, badan nak kena fit dan sihat selalu.

Waisto to Hip Ratio (WHR)

Yang ni pulak ukuran penting jika kita nak tahu pinggang kita ni sihat ke tidak. Ada yang kata WHR ni lebih penting dari BMI ? Oklah cuba korang tengok badan body builder, berketul-ketul, kalau kira BMI, memang tahap obes, tapi dari segi WHR, takda masalah, sebab pinggang ikut ratio dan tak buncit. Jadi badan yang terkumpul lemak bahagian perut dan pinggul ni memang bahaya, berisiko tinggi untuk dapat sakit jantung dan sebagainya. 

Jom Sihatkan Badan

Beberapa tips yang bagus ada dalam blog ini, so kalau nak badan sihat kurus cergas cantik menawan, boleh refer banyak tips dalam blog ini. Semuanya boleh diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Oklah beberapa tips nak dapatkan badan yang sihat kurus mantap cergas ialah:

  1. Senaman - rajin bersenam, dan kekal aktif, kalau takda masa, cubalah naik tangga, berjalan dan sebagainya.
  2. Makanan berkhasiat - kena rajin makan sayuran, yang membantu membakar lemak, merendahkan kolestrol dan juga menyegarkan badan.
  3. Menjaga Kalori - kena tahu juga diet perlukan pengiraan kalori yang betul dan sesuai dengan badan kita, jadi pengambilan makanan sangat penting.
  4. Suplemen yang Sesuai - zaman sekarang, memang kita perlukan suplemen yang sesuai, dan membantu untuk mendapatkan bentuk badan yang sihat.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi index dan formula penting yang ada dalam dunia ini, kalau rajin buka wikipedia. Hoo, tapi memang kalau nak sihat, paling mudah ialah ikut BMI dan WHR nih, lepas tu kurangkan jisim lemak dan sebagainya. So apapun kesihatan badan sangat penting, sebab badan gemuk tak sihat ni mudah kena penyakit. Sekian terima kasih.

Comments

  1. aku memang kurus pun, jadi tak masalah, ada jual set gemuk tak ?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah BMI okay, tapi kalau tengok dari pandangan orang dorang akan kata gemuk. =..=

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara