2 Aspek Penting Kesihatan Kanak-Kanak

Alhamdulillah, hari ini saya baru je ambil anak saya balik dari sekolah. Memang best dan gembira tengok dia. Tapi macam biasa, balik sekolah je, ada je benda yang dia nak, adui, macam mana nak buat ini. Oklah, takpa, hari ini jom kita cerita sedikit tentang masalah kesihatan kanak-kanak. Sangat penting.


kanak-kanak sihat


1. Pengambilan Makanan Berkhasiat

Apapun kanak-kanak perlu jadikan makanan berkhasiat sebagai makanan utama mereka, jangan kerap sangat makan makanan ringan atau jajan. Dalam tips nak sedarkan anak-anak tentang makanan yang sihat, ada beberapa tips yang bagus .

  1. Mencari Maklumat yang Bagus - penting untuk ibu bapa mencari maklumat permakanan yang bagus, supaya anak-anak dapat sumber khasiat dan membesar dengan sihat. Di sini boleh ajar mereka jenis makanan yang bagus, contoh lobak bagus untuk mata.

  2. Menjadi Contoh Yang Baik - kalau nak suruh anak makan sayur, si ibu atau ayah kenalah rajin makan sayur, sambil tu cerita sedikit kenapa sayur itu penting, ibu bapa memang menjadi role model kepada anak-anak, mereka ini cepat belajar dan mengikut tanpa disuruh.

  3. Menetapkan Peraturan Makan - antara faktor penting ialah kena ada peraturan makan yang khusus. Kena tegas, contoh tak boleh nak tengok game atau ipad masa makan, kena makan bersama, dan jadual makan yang teratur, supaya kanak-kanak boleh fokus kepada aktiviti lain pula.

  4. Membekalkan Makanan Tambahan - walaupun makanan yang dipilih bagus untuk kesihatan, tapi jangan lupa, untuk mengambil makanan tambahan, untuk mencukupkan keperluan nutrisi bagi kanak-kanak tersebut. Selain, ianya bagus untuk imunisasi, pembelajaran dan ketahanan badan kanak-kanak itu. 

  5. Kurangkan JAJAN - sebenarnya kalau boleh jangan bagi kanak-kanak makan. Tapi zaman sekarang, kita tak boleh lari dari makanan begini, jadi sebab itu, ibu bapa perlu bertegas, dan sambil itu juga memberi sedikit kelonggaran. 
  
kanak-kanak lari


2. Wajibkan Aktiviti Fizikal

Selain dari makanan yang sihat, kanak-kanak seharusnya keluar dari rumah, dan mencari aktiviti yang sesuai dengan minat mereka. Biarkan mereka berlari-lari,bermain bola atau berbasikal. Antara faedah aktiviti fizikal ini ialah:

  1. Emosi - Membantu anak-anak merasa lebih percaya diri, gembira, santai, meningkatkan harga diri dan konsep kendiri, rasa memiliki, kemampuan untuk tidur yang lebih baik, ekspresi diri dan peluang untuk mencapai sesuatu.
  2. Fizikal - Menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan perkembangan tubuh anak-anak, termasuk rasa lebih bertenaga, mengembangkan koordinasi dan kawalan pergerakan dan mengekalkan berat badan yang sihat.
  3. Mental - Meningkatkan kemahiran tumpuan dan keupayaan untuk menguruskan kebimbangan dan tekanan.
  4. Sosial - Mengembangkan kemahiran seperti kerjasama dan kerja berpasukan, dan merupakan cara terbaik untuk berseronok, bertemu orang baru dan mengembangkan persahabatan dan integrasi.
  5. Pembelajaran  - Anak aktif umumnya lebih bermotivasi dan lebih teratur berbanding kanak-kanak yang tidak aktif. Aktiviti fizikal mempunyai hubungan langsung dengan hasil pembelajaran yang baik.
  6. Sikap - Pelajar aktif umumnya kurang agresif dan mengalami masalah disiplin yang lebih sedikit. Kanak-kanak yang aktif adalah kurang berkemungkinan untuk merokok, menggunakan dadah atau terlibat dalam kegiatan jenayah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara