5 Khasiat Minyak Ikan

Sekarang ini memang musim orang promote minyak ikan, ada yang kata boleh bagi anak pandai, ada yang bagus untuk kurus, dan ada yang kata boleh tolong orang yang ada kencing manis dan macam-macam lagi. Jom kita tengok ulangkaji balik tentang 5 khasiat minyak ikan yang diambil dari google.


minyak ikan


Bagus Untuk Otak ?

Biasanya banyak sangat dah penyelidikan yang berkata omega-3 atau minyak omega ini bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak. Tapi dalam saya menekan keyword mencari kebaikan minyak ikan untuk otak, saya terjumpa satu artikel menarik tentang kajian minyak ikan yang diberikan kepada orang dewasa yang belum mengidap Alzheimer. Dari kajian menunjukkan satu petanda positif yang menunjukkan masalah penurunan kognitif dapat diturunkan jika langkah pencegahan diambil oleh orang dewasa.

Mengatasi Masalah Sendi ?

Suatu kajian dari webmd, menyatakan minyak ikan yang diambil secara konsisten selama 3 bulan dapat mengurangkan sakit sendi dan memberikan kelegaan kepada sendi. Ianya kerana omega-3 menggalakan pengeluaran bahan kimia yang membantu mengawal keradangan di sendi, saluran darah dan tisu.

Bagus Untuk Jantung Dan Paru-Paru ?

Biasanya omega-3 dikaitkan dengan pengidap asma. Diikutkan, banyak juga testimoni yang mengatakan minyak ikan membantu mereka yang mengidap asthma. Apa yang berlaku ialah minyak ikan membantu mengurankan keradangan, dan seterusnya membantu pengidap asthma untuk bernafas dengan lebih baik

Selain itu juga, kebaikan minyak ikan dapat mengurangkan kolestrol jahat, yang biasanya berada dalam saluran darah. Ini penting kerana , masalah kolestrol boleh menyebabkan masalah kronik seperti sakit jantung dan strok.

Kaitan Minyak Ikan dan Otot ?

Bila bercerita tentang otot, orang tentu ingat tentang leucine, yang melindungi otot supaya tidak menurun semasa membuat latihan dan mengurangkan berat badan. Kajian menunjukkan minyak ikan juga membantu dari segi perlindungan otot.

Minyak ikan membantu proses anabolik (pembentukan protein) . Ianya sangat penting kerana dalam proses latihan angkat berat, atau yang lebih berat, otot akan menjadi lemah, dan seterusnya jisim otot berkurang. 

Tindak Balas Insulin Yang Lebih Baik ?

Bercakap pula tentang insulin memang ada kaitan dengan diabetes , Apa yang menarik ialah minyak ikan ini membantu tindak balas insulin dengan lebih baik. Insulin yang mudah melekat pada sel reseptor badan akan digunakan kemudian untuk menukar glukos kepada tenaga yang diperlukan.

Sebaliknya, jika insulin tidak terikat dengan baik, ianya boleh meningkatkan paras kortisol dalam badan dan boleh menyebabkan kegemukan.

Artikel Menari Tentang Omega-3 

Apapun, banyak lagi kajian akan dilakukan, dan banyak lagi penemuan baru yang akan menunjukkan manfaat serta kebaikan minyak ikan ini. Anda boleh baca lagi artikel menarik berkaitan omega-3 ini


Comments


  1. Info yang menarik mengenai minyak ikan Omega-3. Memang pengambilan minyak ikan Omega-3 banyak mendatangkan manfaat kesihatan. Namun pengambilan minyak ikan Omega-3 boleh juga mendatangkan kemudaratan sekiranya ianya diambil dalam dos yang berlebihan iaitu 3g sehari. Antaranya ialah ia boleh mendatangkan 'reversal effect' iaitu sistem imunisasi badan yang sepatutnya menjadi lebih kuat dengan pengambilannya akan menjadi lemah. Akibatnya seseorang itu akan mudah mendapat penyakit berjangkit dan penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya. Selain itu, kesan terlebih dos minyak ikan Omega-3 juga ialah darah kita akan menjadi terlalu cair lalu meningkatkan risiko perdarahan luaran dan dalaman.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara