Wednesday, November 5, 2014

3 Tips Mengatasi Badan Penat Lepas Balik Kerja

Oklah, untuk entry kali ini,saya nak bercerita sedikit tentang tips nak mengatasi kepenatan selepas balik kerja. Biasalah kan, kalau kita dah balik kerja, dengan stress memanjang hadap jalan jamm, lepas tu hujan lebat kerja banyak, rumah sepah, jadi saya nak share 3 tips penting di bawah ini. Tips itu ialah

  1. Aktif di Pejabat
  2. Ambil Makanan Berkhasiat
  3. Ubah Pemikiran

Sebelum itu, apa kata anda boleh merujuk beberapa artikel penting tentang stress dan badan penat di sini. Kami ada menulis entry terbaik untuk anda manfaatkan

  1. Apa nak buat kalau badan stress dan penat tak bermaya
  2. Atasi badan penat selepas redah traffic jam

faedah aktiviti fizikal


1. Aktifkan Diri di Tempat Kerja

Kita masuk kepada tips pertama. Point pertama saya, yang sering orang terlupa ialah kita sendiri kena aktif di pejabat. Hoo, macam mana tuh ? Biasanya orang kata kita kena aktif bersukan, tapi bersukan itu lepas pejabat, ini masa waktu pejabat. Boleh ke ? 

Amalkan Jalan Kaki

Cara paling mudah ialah, jalan kakilah bro, hahahha. Kalau kita nak pergi makan, nak ke ofis nak kesana sini, cuba untuk berjalan kaki. Kalau takut berpeluh, nanti orang ofis marah,  jalan kaki dalam shopping mall. Tapi habis pulak duit nantikan, hahaha. adui teruk betul punya tips.

Menaiki Tangga

Hahhaa, ada cara paling berkesan nak sihat, ialah naik tangga. Hoo, memang bagus sebenarnya kalau kita boleh kurangkan naik lift, jalan naik tangga lagi bagus. Bagus untuk jantung kita. Hooo, kalaulah kita boleh naik tangga, badan pun boleh kurus, lagi-lagi kuruskan paha, macam Master Z cakap haritu dekat mega seminar.

Main Ping Pong ?

Hahhaha, ada orang kata, kalau nak rilek, nak enjoy mainlah ping pong masa rehat. Gila ke apa ? Tapi itulah, tips ini aku dapat masa aku belajar buat master dulu. Ingat lagi seorang pelajar jurusan mekanikal , katanya supervisor dia ajak main ping pong kalau otak dah tepu. Lepas main, badan akan penat, tapi otak segar bugar. Jangan main futsal pulak, takut bola tuh kena almari, siapa nak ganti ?

Turunkan Berat Badan

Tambah lagi satu, kalau badan kita ringan tentu lebih aktifkan ? So nak power dan kekal bertenaga, cuba dapatkan berat badan yang baik, ikut BMI senang. Memang senanglah sebenarnya nak turunkan berat badan, banyak tips yang saya kongsi dalam blog ini, tapi jangan lupa tips yang terbaru .



makanan beri tenaga


2. Kepentingan Makanan Berkhasiat

Hahhaha, sebenarnya kalau taknak penat bekerja, taknak rasa penat, dan rasa nak bertenaga, makan kena jaga bang. Hahaha, lagi lagi sekarang ini kita pun makan benda yang bergoreng tak berkhasiat dan banyak lagilah, termasuk jajan tempatan dan antarabangsa. Huhuhu, memang sedih sikit bab makan ini 

Apa Binatangnya Glycemic Index ?

Hahaha, GI mudahnya ialah tahap glukos je. Hhaha .  Tengok je tahap glukos selepas makan. Kalau rasa glukos itu dilepaskan dengan cepat, makanya tahap glukos tu tinggi. Glukos yang lepas cepat  ini tak bagus, sebab nanti akan cepat penat, sebab semua tenaga dah guna dalam masa singkat. 

Refer kat gambar atas lagi, kalau GI rendah pula ialah tenaga dilepaskan dengan perlahan-lahan. So bila glukos ini diguna sikit-sikit, takdalah kita rasa lapar dan penat. Sebab itu kalau boleh nak makan carilah yang rendah GI. So nak mantapkan lagi tentang GI ini, cuba ikut tips kat bawah ini:

  1. Cari Makanan yang Rendah GI - banyak juga makanan yang rendah GI ini, hooo, kalau nak fahamkan lagi, boleh refer link yang saya tepek kat sini. Cuba fahamkan betul-betul, dan kaji, kalau kita makan nasi, kenapa kita cepat mengantuk dan cepat letih.

  2. Minuman Bertenaga GI rendah - banyak minuman bertenaga yang diluar sana yang tinggi nilai GI, tapi ada minuman yang bagusnya. Hahha, boleh baca kat kat link yang diberikan.

Vitamin Untuk Kekal Cergas

Ada banyak vitamin yang bagus, kalau anda cari makanan atau vitamin, cuba tengok senarai vitamin yang saya cadangkan di bawah. Ada yang mudah untuk didapatkan. Oklah , jom tengok senarai vitamin di bawah ini.

  1. Zat Besi - orang yang selalu mengantuk biasanya kurang zat besi. jadi cari makanan yang kaya dengan zat besi, barulah badan segar.

  2. Vitamin C - yang penting untuk organ badan kita, dan orang kata C untuk Cergas, Cantik. So ambil vitamin C,  bentuk antibodi,  so takdalah demam.

  3. Vitamin B - bagusnya vitamin B ialah ianya meningkatkan metabolisme, menukar lemak,protein,karbohidrat menjadi tenaga. Kalau rasa stress, pening kepala, ambillah vitamin B, mesti cergas buat kerja.

  4. Kalsium - nampak macam pelik lah pulak, tapi dalam kajian, orang yang ambil kalsium sebelum tidur, akan rasa lebih segar, dan berat badan susah nak naik, sebab boleh kawal makan waktu pagi.

Detoks Badan Dari Toksik

Hoo, detoks pun salah satu perkara yang penting. Biasalah bahan kotor, toksik dalam badan kita pun buat badan kita lemah kuyu je. Sebab kita makan macam-macam sebab itulah badan kita lemah gemalai. Paling tak best pulak, kalau tak detoks boleh sebabkan kita cepat sakit, nanti boss marah pulak kita minta MC. So, saya cadangkan beberapa detoks yang berkesan.

  1. Sayuran Detoks - bagus sayur dan buah yang boleh membantu detoks badan. Orang kata bagus-ambil kunyit, ambil bawang putih, dan macam-macam lagi petua ulam-ulaman orang tua.

  2. Minum Jus - macam ayah saya kekal bertenaga, dia suka buat jus buah mangga. Tapi memang best kalau kita minum jus, tapi jangan minum lebih sangat sampai tinggi kalori. Tapi jus buat badan kita fresh dan sihat.

  3. Khasiat Alfalfa - alfalfa ini dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan, Dalam Alfalfa ini, dia ada power untuk detoks, dan macam-macam khasiat lagi. Orang kata boleh cuci badan.

  4. Bekam - bekam ini ialah cuci darah. Orang yang buang darah kotor, badan akan lebih segar. Lagi-lagi lelaki kena buat bekam, sebab banyak darah kotor terkumpul. Darah kotor ini katanya tempat feveret jin dan makhluk halus, yang buat kita jadi malas.


tiada alasan untuk berjaya


3. Ubah Pemikiran Anda

Tips ketiga ini adalah tips paling penting kalau nak badan kita kuat dan cergas. Tak cukup dengan kecergasan fizikal, rohani dan mental kita kena kuat. Spiritual ini kena kuat, kita kena ubah pemikiran kita. Antara rahsia orang yang berjaya dan tak rasa penat untuk bekerja ialah:

  1. Matlamat Yang Jelas - orang yang berjaya ada matlamat yang jelas, mereka tahu mereka ada jangka masa untuk mencapai target mereka, jadi mereka akan bersemangat untuk buat kerja mereka.

  2. Positif - Mereka sentiasa positif, setiap apa yang datang, mereka tetap bersyukur dan paling menarik, mereka ini tukar semua masalah menjadi peluang, anggap semua kelemahan adalah cabaran untuk lebih berjaya dari orang lain.

  3. Kerja Untuk Diri Sendiri - Hahhaa, mereka yang berjaya, tak rasa penat, ialah mereka yang bekerja untuk memenuhi impian mereka sendiri, dan bukannya untuk impian orang lain. Sebab itu kita tengok mereka yang nak berjaya, lepas balik dari kerja utama, masih mampu buat  kerja part time, sebab tahu kerja part time tu akan jadi main income yang tak dapat dibayangkan.

  4. Tiada Alasan - Macam kat gambar kat atas, orang yang rasa penat, mereka akan buang alasan itu, rehat sedikit, dan lepas tu lepaskan semua alasan , tak buat alasan, terus bekerja. Jadi sebab itu mereka tak rasa penat, sebab tahu alasan ini berlawanan dengan impian dan kejayaan.

Jaga KESIHATAN

Akhir kata, jangan banyak alasan, teruskan usaha, aktif dan paling penting, kita kena jaga KESIHATAN. Senang je, kesimpulan dari semua tips yang saya berikan di atas, jaga kesihatan badan korang, kalau taknak rasa penat lembik lepas kerja.

5 comments:

  1. kalau penat balik kerja sy suka landing atas katil jap..betulkan urat orang kata..pastu baru sambung buat kerja rumah plak hehe

    ReplyDelete
  2. Perlukan rehat yg ckup. Jgn stress di tempat kerja. Takpun buat bisnes di rumah

    ReplyDelete