Kantoi Tertidur Masa Dating Dengan Awek ? Atasi Masalah Kepenatan Sekarang !!!

Pada suatu hari, Azizan keluar bersama aweknya Hasmida (bukan nama sebenar). Mereka berjalan-jalan. Hasmida jalan jalan ok je, tapi Azizan kelihatan cepat letih dan tak bermaya. Tapi sampai je mereka ke restoran Wadud, boleh pulak, Azizan tertidur , menunggu Hasmida melayan twitternya yang beribu follower mengalahkan anak che ta. Hoo kantoi sudah.

Hasmida rasa kecewa dengan sikap Azizan, tapi dalam masa yang sama, Hasmida nak tahu juga, kenapa Azizan boleh cepat penat dan mengantuk. Hasmida pun mengambil berat tentang Azizan, sebab dia taknak pula Azizan tertidur atas pelamin, lagi malu.

Bermulanya cerita kepenatan Azizan, ada tiga babak yang dilalui oleh Hasmida, 3 babak tersebut ialah
  1. Hasmida membawa Azizan Berjumpa Doktor Pakar
  2. Hasmida membaca tentang Vitamin D
  3. Hasmida mengajak Azizan Ubah Gaya Hidup

penyakit keletihan


BABAK 1 : Jumpa Doktor Pakar


Kisah Hasmida jumpa doktor pakar ini memang kelakar jugak. Nak dijadikan cerita, dia jumpalah Dr Azrul, yang berpusat di bangi. Jadi Dr Azrul ini memang kaki facebook dan blog juga. Nak di jadikan cerita , Dr Azrul kata, kita kena cek Azizan ini, takut dia ada penyakit-penyakit yang menyumbangkan kepada keletihan

Penyakit Keletihan Dalam Blog Dr Zubaidi

Hooo Dr Azrul ini kadang-kadang kerja nak senang, dia suruh je Hasmida ini baca blog Dr Zubaidi, hooo, memang best. Jadi boleh dikatakan Hasmida senaraikan banyak juga penyakit yang berkaitan dengan masalah letih lesu ini.

  1. Hypersomnia - penyakit mengantuk gila , walaupun dah tidur lama, tapi tetap juga mengantuk siang hari. Insomnia kurang tidur, tapi ini terlebih tidur.

  2. Kleine-Levin Syndrome (KLS) - satu penyakit saraf, yang boleh menyebabkan mengantuk melampau-lampau.  Orang yang kena KLS ini bangun sebab nak makan dan mandi je. Perangai dia pun boleh jadi pelik dan menyusahkan orang lain.

  3. Narcolepsy - masalah mengantuk disebabkan oleh kerosakan saraf otak yang kurang protein hypocretin

  4. Sleep Apnea - masalah ini dia kuat sangat berdengkur masa tidur, dan bahaya juga sebab pernafasan boleh terhenti dalam 3 hingga 4 saat.

  5. Uremia - kepekatan toksik urea dalam darah yang terlalu tinggi, yang boleh menyebabkan kerosakan saraf otak dan kemurungan

  6. Multiple Sclerosis - salah satu jenis kerosakan saraf otak yang boleh menyebabkan keletihan dan rasa mengantuk

  7. Hypothyroidism - yang ni adalah penyakit kekurangan hormon tyhroid yang penting untuk metabolisma tubuh dan memberikan tenaga untuk badan. Bila dah berkurang, mereka rasa cepat letih dan mengantuk di siang hari.

  8. Diabetes Mellitus - cepat letih dan mengantuk juga adalah satu sindrom orang yang kena diabetes, sebab gula tinggi sangat dalam badan, guna banyak sangat boleh cepat letih

  9. Hypercholesterolemia - kolesterol tinggi dalam badan pun menyebabkan mengantuk dan kepenatan.

Azizan Di Sahkan Tiada Penyakit Serius

Alhamdulillah, Hasmida rasa lega, dan tak sabar nak kahwin, Azizan disahkan tiada penyakit yang kronik seperti yang disebutkan dalam blog Dr Zubaidi. Dr Azrul sungguh gembira, dan dalam masa yang sama menyuruh Azizan menekankan aspek permakanan dan gaya hidup yang sihat


khasiat vitamin D


BABAK 2 : Bagus Sangat ke Vitamin D ?

Hasmida rasa lega, dia tahu Azizan tiada penyakit kronik, tapi dalam masa yang sama juga, dia nak Azizan  ambil makanan tambahan atau vitamin yang bagus untuk badan mereka. Biasalah nanti nak berbulan madu takdalah penat sangat. 

Cerita mencari topik pasal vitamin ini memang seronok, sampai Hasmida terbuka juga blog vitaminsemulajadi yang diasaskan oleh Akachan. Hooo, baca baca terjumpalah satu topik pasal vitamin D

Kenapa Vitamin D Penting ?

Bila cerita pasal vitamin D, semua mesti teringat, kalau nak vitamin D, mesti keluar rumah, dedahkan diri dengan matahari, dan badan akan membentuk vitamin D. Hasmida pun rasa begitu, sebab Azizan ini rajin sangat layan Fb Ads di rumahnya.

Antara yang bagus tentang vitamin D, tentu sekali kunci kepada penggunaan Kalsium dengan baik. Kiranya, kalau takda vitamin D, kalsium dalam badan tidak dapat digunakan dengan baik. Sebab itulah, kalau nak tulang kuat, kena bermain diluar.

Kalau nak disenaraikan, banyak khasiat vitamin D, untuk kurus, untuk ketahanan badan, bagus untuk kesuburan, untuk elak kanser dan sebagainya. Tapi benda ini pun belum ada kajian yang betul-betul menunjukkan faedah vitamin D.

Vitamin Lain Untuk Atasi Kepenatan

Azizan kadang-kadang mencelah, katanya kalau ambil vitamin D pun tak cukup, jadi dia pun rajin-rajin membaca pasal vitamin untuk kepenatan. Hoo, ada juga beberapa jenis makanan yang bagus untuk bagi badan bertenaga:

  1. Vitamin B - vitamin yang bagus untuk metabolisme badan, menukarkan makanan kepada tenaga, selain itu vitamin ini untuk kurangkan stress
  2. Vitamin C - segala benda nak bagi cergas, kenalah ambil vitamin C, bagi badan sihat
  3. Kalsium - macam cerita vitamin D tadi, kalau tiada kalsium, kita tidur tak lena, jadi ambil kalsium bagi kuatkan tulang, dan boleh buat kita tidur lena dan berkualiti.


senaman baik untuk jantung


BABAK 3 : Azizan Mula Rajin Bersenam

Atas nasihat Dr Azrul tadi, nampaknya Hasmida dan Azizan dah mula rajin bersenam, hoo bagusnya bersenam ni, bagi badan rasa tak cepat letih. Bila nak cerita lagi pasal gaya hidup ini, ada banyak benda juga yang Azizan buat supaya badan dia cepat sihat;

  1. Bersenam - nampaknya Azizan dah mula rajin dah bersenam, hooo, boleh katalah rajin jugak dia lari kat tasik, nasib baik dia tak cuci mata, sebab setia pada Hasmida

  2. Jalan Kaki - selalu rajin sangat naik motor, Azizan kata dia cuba jalan kaki dan naik tangga kalau boleh, nampak mula-mula tuh penat, tapi dia ok je lepas tuh.

  3. Jaga Kalori - bila makan pun Azizan cuba kawal kalori, taknak badan gemuk, nanti Hasmida kata tak comel pulak, dan cepat penat.

  4. Tidur Cukup - oklah, nak bagi tidur cukup, dan berkualiti, Azizan cuba tidur awal kalau takda kerja, dan cuba ambil kalsium waktu malam bagi tidur lena.

  5. Ambil Vitamin - hooo selain itu Azizan pun dah rajin makan multivitamin, ambil zat besi, supaya badan bertenaga, selain itu pun dia pun jaga minum dia.

Nampaknya, Azizan dan Hasmida rasa sangat puas hati dan bertenaga, selepas mengkaji dan mengubah gaya hidup mereka. Tak lama lagi majlis kahwin mereka akan berlangsung, Dr Azrul yang membimbing mereka pun akan datang. Kehidupan lebih bahagia selepas Azizan sihat bertenaga

(Cerita ini adalah rekaan, dan nama dalam watak adalah ciptaan penulis)

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara