Monday, December 1, 2014

Cara Nak Cantik Macam Awek Facebook

Alhamdulillah, bulan baru ini, macam-macam tips nak kongsikan kepada anda semua. Bermula dengan tips Awek Facebook. Memang tak dinafikan zaman sekarang ini banyak awek kat facebook, yang cantik, semua nak cari produk kecantikan. Ada yang main beli je, sampai hilang keserian muka. Takpa meh sini saya tolong, cara cantik baik punya


set cantik shaklee


Minum Air Masak

Tips pertama yang nak kongsikan ialah minum air mesti cukup. Banyak kajian yang dijalankan, minum air sangat penting, macam kereta nak berfungsi, tak cukup minyak hitam, tak cukup air, akan rosak, macam itulah kita manusia. Air kan komponen utama badan kita, jadi minumlah air masak banyak-banyak.

Minum Jus Buah

Kalau nak best lagi, rajin-rajin minum jus buah, antioksida, lagi lagi jus kiwi memang sedap. Kalau nak tahu lagi banyak khasiat minum jus buah ini. Selain untuk kulit cantik, boleh turunkan berat badan. Tapi kena berhati-hati sikit, kalau tersilap minum, boleh jadi gemuk, sebab guna gula banyak sangat dalam jus.

Makan Sayur

Hahhaha, yang ini kalau tak makan, tak sahlah. Biasanya orang kata makan sayur ini memang pahit, tapi pahit pahit itulah banyak khasiatnya. Untuk detoks badan jadi lebih sihat, lagi lagi korang makan daun peria katak, sambung nyawa, daun sireh, petai. Kalau detoks ini, jaga-jaga sikit, takut sakit perut.

Protein Soya

Hooo banyak kelebihannya, protein ini kan sangat penting untuk pembentukan sel. Macam saya cerita entry lepas pasal pembentukan kolagen, protein memang penting, bila ada kolagen dalam tubuh, barulah tisu semua rapat, kukuh buat kulit lebih cantik dan gebu.

Vitamin C

Nak diceritakan, sama jugalah dengan protein tadi, vitamin C pun antara faktor penting dalam pembentukan kolagen dalam badan. Kalau korang tak ambil vitamin C, silapnya tak bermaya, badan letih, dan paling penting, vitamin C memang sangat penting untuk kesihatan dan nak cegah kanser.

Vitamin E

Selain dari vitamin C, vitamin E pun terkenal dengan antioksidan nya. Vitamin E sangat penting untuk pembentukan kulit, membaiki kulit yang rosak. Biasanya orang buat masker pun boleh guna vitamin E, memang sangat best.

Kolagen

Seperti yang saya kata tadi, kolagen sangat penting untuk kecantikan dan keanjalan. Jadi cara paling mudah nak hasilkan kolagen ialah dengan mengambil kolagen. Cara bagus ialah ambil secara oral, iaitu makan atau minum. Cara paling drastik, ialah dengan suntikan kolagen.

Polyphenol

Hahhaah, yang ni bunyi macam pelik sikit. Tapi ada 3 mekanisme utama polyphenol ini untuk cantikkan badan, satu dia mampu melawan radikal bebas, kedua dia mampu pulihkan sel dengan cepat, dan seterusnya membuat kulit lebih cantik.

11 comments:

  1. AUWW..LEPASNI SEMUA AKAN CANTIKLA YEA..HEHEH..DAH CANTIK, JOM KURUS LAK KAT SINI ADE CARA NAK KURUS:
    http://danishdamiadaris.blogspot.com/2014/10/set-diet-sihat-3b-buangbakarbina.html

    JEMPUT BACA YEA =)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Awek twitter awek blogspot awek wordpress awek shaklee awek celikvitamin awek superbvitamin awek ireach dan awek mamak ali seksyen 13

      Delete
  3. saya suka sangat tips AWEK CUN ni, sangat best dan mudah

    ReplyDelete
  4. Yup, pastikan minum cukup air, dan air pula air bersih,

    air Coway walaupun guna sistem RO, pH nya adalah neutral, bukan berasid, ada tambah penapis tambahan bagi dia neutral, so tak perlu risau, rasa pun sedap, saya suka!! :)

    www.penapiscoway.net

    ReplyDelete