Tuesday, December 30, 2014

Kenapa Aku Sayang Bini ?

Alhamdulillah,berakhirnya tahun 2014, banyak kenangan dan program yang dilalui, macam-macam program, dari team building di Melaka, pergi US, GEGEMASU, Supermom Idol, dan macam-macam lagilah aktiviti. Tapi hari ini saya nak bawa anda cerita tentang group Aku Sayang Bini (ASB). Kenapa ASB ?


suami mithali


Tahun ini group ASB telah melangkah jauh, macam-macam aktiviti buat, berkhelah, main futsal,badminton, TTS , dan paling hebat ialah ASB Mega Seminar 1.0 dan 2.0. Memang sayang saya dan Ainul tak dapat ikut, tapi ada juga team Diet Diet Sihat yang pergi, iaitu Siti Najihah Razali.

Oklah, hari ini saya nak berkongsi cerita tentang poster poster yang ada dalam program Kembara ASB, tak sangka, ada 4 poster yang saya design khas untuk program blogging yang sememangnya riang ria gelak ketawa. 

Episod 1 : Gila-Gila BLOG

Sebenarnya idea ni datang seorang insan yang nak belajar buat blog, iaitu saudara AK. Hhaha, memang tak sangka, Naja datang support untuk kita buat sama-sama, berkongsi satu kelas, dibawah payung ASB, dan akhirnya jadilah Kembara ASB 2014, berlangsung di seksyen 7 shah alam

Apa yang menarik, Gila-Gila BLOG menggunakan poster filem Gila-Gila Remaja. Hahhaa, sebab memang idea dalam cerita gila-gila blog nak buatkan semua orang cintakan blogging. Satu perkara paling best ialah Slot Master Cinta yang dikongsikan oleh Master Kamarudin, suami Master Lydzar Rusman. 

Episod 2 : Ipoh Aku Datang

Atas desakan Hazli Nordin yang kecewa asyik asyik OTW, nampaknya kami telah berhajat nak datang ke Ipoh, jadnya kami telah sampai ke tempat tuisyen kawan Naja. Antara paling menarik dalam kelas kali ini ialah Apeh Dolah bawa kami makan tempat yang sedap, dan semua orang duduk di Hotel yang sama, aku, epul jaguh dan ustaz fahmy al bangi.

Slot Master Cinta pula di khaborkan sendiri oleh saudara Apeh Dolah, korang mesti perasan video abang hensem baju merah yang lebih samseng dari Sharip Dol ? Itulah dia saudara Apeh Dolah, penuh gaya segak, tapi kami semua pecah perut dengar cerita dia. 

Tapi paling tak ingat ialah, kami semua belajar dalam kilang, panas gila, hahaha, semua orang berpeluh, rasa macam bersukan, penuh pack gila, memang meriah !!! Oklah, poster yang korang tengok ialah diambil dari filem Instabul Aku Datang.

Episod 3 : Ini Kalilah Kita BLOGGING

Episod ketiga ini lebih mencabar, mulanya Ustaz Fahmy ajak pergi Kota Kinabalu, hoo, terus teruja kami semua nak ke KK, dicabar oleh Master Z yang ajak pergi sehari. Memang gila, pagi pagi dah terus ke rumah Mr Q Razali, orang kuat ASB ini, lepas itu terus memecut ke KLIA2, pergh memang gilalah. 

Sampai sana first time jumpa Master Aya Chalo yang memimpin group sana, tapi ada jugaklah anak Naja yang uruskan tempat semua. Geng sabah memang cool, rilek je. Pada masa itu, Tuan Fauzi , suami Nur Salwa Ishak ambil kesempatan nak balik tempat tumpah darahku. Pergh sempoi betul.

Tapi paling best ialah lepas balik je, malam itu layan pulak champions league final, perlawanan antara Real Madrid dan Atletico Madrid. hahhaha, pagi pagi terus gerak balik Shah Alam dari Kajang. Memang satu hari yang tak cukup tidur, nasib baik kat KK Master Z belanja lobster sorang satu, pergh !!!

Poster yang ini pulak dicuri dari Dejavoo di Kinabalu, nampak aku superimpose muka wak zainul dekat muka Aqasha, hahahha.

Episod 4 : Di sini lahirnya sebuah BLOG

Episod pulak di buat pada 16 September 2014, orang hari Malaysia tengah cuti, kami sibuk belajar ilmu blogging. Kali ini kita buat di Mirc tempat master Z. Memang layan, bila Master Alizal bercerita, bahasa dia memang cantik, bekas peguam yang berpengalaman menyaman orang, hahaha.

Tapi memang masa itu hot betul isu Rahim Bengkak, Cikgu Mary, memang dasyat haaa. Tapi paling tak tahan bila tahu Misha Omar daftar bawah Fyda Chalo. Pergh itu semua gara-gara kuasa blogging, walaupun blog tak SEO sangat. Itulah powernya BLOG ini.

Bajet bajet hari Malaysia, gua superimpose muka wak zainul dekat muka Sudirman, hahaha, memang layan gilelah. Tujelah yang gua tahu, mesti gila-gila doh punya.


ireach shaklee


ASB Mega Seminar 1.0 dan 2.0

Lepas itu, terus pulak kepada cadangan Firdaus Azizi nak buat mega seminar, dan akhirnya, mereka berjaya buat 2 episod, bulan 11 dan bulan 12. Cuma yang bulan 12 tu je tak dapat nak join, memang problem sikit, tapi nampaknya memang sukses, ilmu blogging dan FB marketing paling tiptop.

Jumpa Lagi Tahun Depan

Tahun depan lebih mencabar, adanya GST, tapi group ASB akan terus mengembara, kalau mereka nak mengembara. Masih banyak yang perlu dipelajari, dan tentu juga akan ada teknik pemasaran instagram, yang ini memang bidang abam munzir, memang cool lagi dasyat.

Oklah, semoga semua team ASB terus sukses, tahun ini memang mencabar, tapi setiap yang pahit ada manis, masam, masin, dan pedas. 

2 comments:

  1. Apa? Fydah Chalo? Gabungan Fyda Noh ngan Idah Chalo ke apa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kot, hahahaha, silap besar nih, kang kena saman

      Delete