Thursday, December 4, 2014

Bagaimana Nak Merawat Muka Nur Shafiqa Lah ?

Kejam oh sungguh kejam, cerita hangat senssasi yang Dilla baca baru baru ini sangat menyentuh hati, seorang gadis cantik Nur Shafiqa Lah ditoreh kejam oleh peragut, hanya semata-mata nak mempertahankan diri dari dirogol. Banyak cerita dan gosip disebarkan. Tapi takpa, hari ini Dila nak bagi pendapat Dila, macam mana nak rawat kembali muka Nur Shafiqa yang teruk itu.

 nur shafiqa lah


 1. Dapatkan Nasihat Doktor

Mula mula sekali , dengarlah nasihat doktor, sebab takut jugak masa muka kita luka, kita tak tahu tentu ada benda asing yang tak dapat dikesan. Doktor yang merawat muka tentu boleh beritahu kita, tentu kita ada masalah lain. 

Korang tahu tak, kalau luka lambat sembuh, tu maknanya korang ada masalah DIABETES . So , sebab itu Dila sarankan korang membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

2. Jaga Kebersihan

Sebaiknya, lepas balik dari rawatan doktor, kat rumah tu jagalah kebersihan, sebab kuman-kuman , kotoran ini pun banyak juga memberikan kesan kepada penyembuhan luka. Jadi ada juga orang kata kalau luka tak leh cuci mukalah, jadi, pastikan luka pendarahan kering sebaik-baiknya.

3. Ambil Makanan Berkhasiat

Sebenarnya manusia ini Allah jadikan sangat istimewa, luka sebenarnya boleh pulih secara semula jadi, tapi nak lagi bagus kita boleh ambil vitamin di bawah untuk cepatkan lagi luka penyembuhan tersebut:

  1. Vitamin A - bagus untuk pembentukan tisu parut 
  2. Vitamin B1 (thiamine) - mempercepatkan sintesis kolagen 
  3. Vitamin B5 (pantothenic acid) - mempercepatkan proses penyembuhan 
  4. Vitamin C - membantu pembentukan kolagen dan elastik kulit 
  5. Vitamin E - membantu percantuman kulit 
  6. Zink - mempercepatkan penyembuhan luka

4. Lagi Tips Hilangkan Parut

Dalam blog ini, Dila baca banyak lagi tips yang menarik nak hilangkan parut dekat muka. Benda ini memang sesuai nak mudah didapati di mana-mana:

  1. Protein - protein sebenarnya ialah perkara asas dalam pembentukan tisu dan kolagen
  2. GLA - Asid Gamma Linolenik (GLA)  bagus untuk mengawal hormon perempuan
  3. Kolagen - kolagen seperti biasa ramai tahu, untuk kulit cantik awet muda dan tegang

5. Minum Air Banyak

Tips paling asas, minumlah air masak banyak-banyak, badan kita kan 75 peratus ialah air, kalau kita tak cukup air, sebab itu kita selalu rasa sakit, ingat ye, minum ikut berat badan.

Kami Doakan Yang Terbaik Untuk Nur Shafiqa Lah

Buat semua keluarga, tunang , dan Nur, kami dari team Diet Diet Sihat mendoakan yang terbaik untuk Nur, cekal dan tabah menghadapi segala dugaan yang berlaku. Semoga perkahwinan Nur dengan tunang kesayangan mendapat berkat dari Allah swt.

6 comments:

  1. Apa jenis manusia la..kejam..semoga panduan ni berguna untuk semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia sudah hilang pertimbangan kerana gilakan kuasa

      Delete
  2. memang bersimpati dengan mangsa...mudah-mudahan dia tabah. Petua merawat muka ni pun memang berguna untuk semua :)

    ReplyDelete
  3. yg bestnya rawat dalaman juga luaran..moga mangsa tabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mak jemah, dalaman dan luaran

      Delete