Rahsia Awet Muda Ziana Zain

Terkenal dengan lagu Anggapanmu, Madah Berhelah, wanita berusia 40an ini masih kelihatan sangat jelita dan awet muda. Diusia sebegitu, Ziana Zain masih cantik menarik seperti berusia 20an. Apa rahsia beliau?




ziana zain





Apabila disoal apa rahsianya mengekalkan awet muda, Ziana memberitahu dia mengikut petua orang tua seperti berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap pagi dan melakukan senaman muka.

"Orang tua kita banyak petua yang baik untuk diamalkan, selain itu saya juga mengambil vitamin untuk mengekalkan kecergasan tubuh. Saya juga banyak mengambil jus buah-buahan setiap hari," katanya yang memberitahu hati yang gembira merupakan kunci kepada awet muda.

Tidak berselindung, Ziana juga mengakui mengambil kolagen dan juga vitamin C untuk mengekalkan kecantikan wajah serta tubuh.

"Sebenarnya sudah lama saya ambil kolagen dan vitamin C dan nampak perubahan yang ketara. Bagaimanapun dengan lambakan produk kolagen serta vitamin C hari ini, saya risau ada pengguna yang tersalah pilih produk.

"Sebelum saya mengambil sesuatu produk, saya akan kaji dan bertanyakan kemusykilan kepada doktor yang bertauliah. Bagi saya tidak ada salahnya mengambil kolagen dan vitamin C untuk kesihatan," ujarnya yang mengambil produk tersebut dalam bentuk serbuk.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara