Perut Buncit Petanda Stress ?

Bila sebut pasal stress, sememangnya kita akan buat apa sahaja untuk melegakannya. Macam-macam buat, sampai satu tahap kita tak sedar, alamak badan aku dah gemuklah. Kenapa jadi macam ini ? Kenapa selalu badan sakit ? Rupanya kita STRESS !!!! huuhhuhu


perut buncit


Stress Sangat Ke ?

Tengok sahaja gambar di atas, itulah satu qoute yang dicakapkan oleh Dr. Mehmet Oz. Dia sendiri tahu, bila perut buncit, sebenarnya kita dalam keadaan STRESS. bahaya woo, tapi kenapa tengok perut pulak ? Ada orang happy je perut buncit, katanya bahagia, hehhee.

Kenapa Perut Buncit ?

Banyak sangat teori pasal perut buncit, banyaklah, makan tak jaga, terlampau bahagia, dan perubahan hormon. Itu biasalah. Tapi paling teruk ialah ianya petanda yang jiwa kita sedang kacau bilau. Tahu tak jadi macam mana ?

  1. Stress Pasal Trafik Jammed  - memang kita selalu akan stress, sebab selalu je trafik jamm. hoo, memang sangat gila, dan bila dah bosan, kita mulalah ambil makanan tak berkhasiat, lepak makan dalam kereta, sebab stress sangat. Itu bila dah makan benda tak berkhasiat banyak gula, jadilah perut naik, badan naik.

  2. Stress Kerja - memang tak dapat dinafikan, kita kalau kerja memang akan stress. Sebab itu kita lepas kerja tengah hari, pergi makan, lepas itu petang stress pergi ngeteh, makan tah hapa hapa, tu yang jadi boleh gemuk, dan malas pula nak bersukan. Adui, boleh gemuk brother.

Bahaya Sangat ke Stress ?

Pembunuh nombor 1, 2 dan 3 ialah STRESS. Memang bahaya, kalau tak dikawal, boleh bawa kepada penyakit yang bahaya seperti darah tinggi. Hooo, lagi lagi pulak, jangan sampai masuk hospital buat bypass, bahaya. Merana nak buat operation, saluran darah tersumbat, sebabnya stress !!!!


Berdiet Pun STRESS ?

Sebenarnya, kalau cerita pasal perut buncit, stress, semuanya sama je, ada yang STRESS sebab perut buncit, dan jadi lebih stress sebab dia BERDIET dengan cara yang agak KERAS, DIET yang bahaya, tak cukup zat, dan boleh mengundang penyakit lain yang boleh membawa maut.


Cara Semulajadi Nak Atasi Perut Buncit ?

Hahha, cara yang biasa kita dengar ialah kuruskan badan , ambil protein shake, dan sebagainya. Tapi ada dua vitamin paling penting yang disebut oleh Dr Oz, memang bagus.

  1. Minyak Ikan Omega-3 - memang dah dikenal pasti, minyak ikan memang boleh mengurangkan perut buncit, dia mengawal paras insulin yang boleh menyebabkan perut buncit dan lemak terkumpul.


  2. Vitamin C - vitamin C memang digunakan untuk kurangkan stress. So kalau rasa sangat stress, ambillah banyak sikit vitamin C.

Kuruskan Badan 

So kalau korang nak kurangkan stress, nak kurangkan perut buncit, apa kata kurangkan berat badan, bahaya obesiti ini memang dah confirm bawa penyakit. Jadi beberapa seranan kami , ikut je tips kat bawah nih


Cabaran 31 Hari Mencari Cinta

2. Perut Buncit

Comments

  1. Salam. Hee jangan stress yang kronik.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ada orang buncit pasal stress, ada orang stress perut buncit, kalau stress tak jaga makan tu yang suka ambil benda manis

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara