Tips Rambut Cantik

Oklah, hari ini dila nak share sikit dengan korang pasal rambut ini. Hoo, jangan salah faham, rambut ini bukan wanita je kena jaga, malah lelaki pun kena jaga jugak tak tau. Hahhaa. Oklah, jom kita tengok apa yang ada pada rambut ini. Huuu, rambut gugur, rambut tak gugur, rambut cantik, dan macam-macam jenis rambut.


minyak ikan rambut cantik


Masalah Rambut ?

hoo, rambut ini memang dah jadi masalah, kalau siapa yang tak jaga, bila dah tua , jadi putih, itu bukan masalah, itu memang dah fitrah. Tapi masalah yang kita tak nak jaga bila rambut muda-muda dah keguguran. Apa puncanya ye ?

  1. Bahan KIMIA - kalau tak natural, memang bahaya, lagi lagi berlebihan, memang boleh rosakan rambut, jadi kenalah elak bahan kimia yang bahaya lagi memudaratkan

  2. Perubahan HORMON - memang ada, melahirkan anak, mengandungkan anak, akan berlaku perubahan hormon, yang menyebabkan rambut cepat gugur. Lelaki pun, lepas kahwin, dah tua sikit, akan ada jugak, so kena jaga-jaga ye.

  3. Faktor GENETIK - memang faktor yang sangat biasa, kalau mak ayah ada, anak-anak pun ada harapan untuk ada masalah rambut gugur.

  4. Aliran DARAH - hooo, baru tahu jugak ini, aliran darah yang tak lancar pun boleh sebabkan masalah keguguran rambut

  5. Gaya MAKAN - gaya makan kalau tak sihat, jawabnya memang boleh juga buat, hormon jadi tak tentu hala, rambut gugur berjela-jela.

  6. STRESS - yang ni mudah, memang ramai orang faham, orang yang suka sangat fikir sampai tak jaga kesihatan, memang akan ada masalah keguguran rambut yang teruk.


Atasi Masalah Rambut Gugur

Hahaha, untuk atasi masalah rambut gugur ini, kita kena terbalikan apa yang ada di atas tadi, oklah, jom kita tengok macam mana nak terbalikkan masalah di atas dengan solusinya.

  1. SENAMAN - ye, ini salah satu teknik yang baik, dan sihat, bagi aliran darah lancar, kurangkan stress dan detox badan supaya sihat

  2. JAGA MAKAN - jaga makan, ambillah makanan yang berkhasiat ok ?

  3. CUCI RAMBUT - cuci rambut dengan cara yang betul, dan cari bahan organik yang lebih baik dari pencuci rambut berkimia.

Vitamin Tambahan Untuk Rambut Cantik

Sebab dah jual vitamin ini, oklah, Dila nak share dengan korang beberapa vitamin yang bagus, bagi rambut korang cantik berseri menawan debom debom gitu. Ada yang bagus, hehehe,

  1. Vitamin A - antioksida, bagus untuk kulit, dan membantu rambut tumbuh

  2. Vitamin B - mengawal stress supaya kurang gugur, dan juga menggalakan pertumbuhan rambut

  3. Vitamin C - membantu penyerapan zat besi

  4. Vitamin D - membantu stimulasi sel baru dalam rambut

  5. Vitamin E - membantu pengaliran darah

Minyak Ikan Pun Bagus ?

Omega 3 memang bagus untuk rambut, ianya membuatkan rambut anda segar, dan mengekalkan kelembutan rambut.


Cabaran 31 Hari Mencari Cinta

7. Rambut Gugur

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Senggugut Teruk Rupanya Ada Ketumbuhan Rahim