8 Faedah Berjalan Kaki Cepat

Terbaca satu artikel menarik tentang jalan kaki cepat. Boleh membantu mengurangkan risiko penyakit yang bahaya. jom baca 8 faedah terbaik jalan kaki cepat atau brisk walk. Boleh cuba, kalau tak percaya rasanya Tun Mahathir pun jalan cepat, sebab tu nampak sihat



jalan untuk sihat



1. Serangan Jantung 

Berjalan Kaki secara cepat pboleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan, kandungan kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol tidak baik (LDL) akan meningkat. Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung. 


2. Stroke

Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke boleh menurun hingga 60%. 

3. Membakar Lemak 

Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain itu sejumlah kalori akan lupus oleh aktiviti berjalan kaki, yakni kalori yang lebih tersimpan (tak diperlukan) di dalam tubuh akan ikut terbakar, mengelak kenaikan berat badan.

4. Melangsingkan Badan  

Jika anda berlebihan berat badan, mulailah rutin berjalan kerana pergerakan kaki turut menggerakan seluruh tubuh kita sehingga mampu menurunkan berat badan dan mengurangkan lemak yang ada terutama diperut anda. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam setiap hari.

5. Kanser 

Gejala kanser usus besar (colorectal carcinoma). akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kita tahu, pergerakan badan dapat melancarkan peristaltik usus, sehingga proses membuang air besar jadi lebih lancar. Sebenarnya kanser usus terjadi oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan kaki boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis 

Sering berjalan bukan shj dapat menguatkan otot-otot badan, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.


7. Mencegah Kencing Manis

Kandongan gula dalam darah boleh dikawal hanya dengan cara berjalan cepat sejauh 4 atau 5 km sehari. Dengan menjadikan berjalan cepat satu rutin harian, anda mampu mencegah berkembangnya diabetes type 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk. 

8. Tekanan

 Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depression yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah mengidap depresi.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Senggugut Teruk Rupanya Ada Ketumbuhan Rahim