Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin
Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
- Kolin – satu komponen neurotransmitter
- Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
- Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan
Kebaikan Lecithin
-Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
-Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
-Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
-Membantu kawal paras triglycerides
-Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
-Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
Penting Untuk Fungsi Otak
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecitin
Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
0 Comments