Bahaya Buasir

Salam sejahtera, hari ni, saya nak share sikit beberapa maklumat pasal buasir nih. hoo, jom kita tengok info tentang buasir, macam biasa artikel masih lagi kopi teh dari orang lain. Jangan sampai buasir otak pulak ye


bahaya buasir


Apa Itu Buasir ?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Jenis-jenis Buasir

  • Buasir dalaman - Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
  • Buasir luaran - Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Kategori Buasir

  1. Tahap 1 - Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
  2. Tahap 2 - Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur.
  3. Tahap 3 - Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak pakai tangan.
  4. Tahap 4 - Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu bedah kalau dah macam nie.

Sebab Utamanya Buasir

  1. Sentiasa duduk
  2. Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  3. Cirit-birit
  4. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  5. Batuk yang teruk
  6. Bersalin
  7. Mengangkat berat
  8. Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual

Tip-tip membantu masalah Buasir

  1. Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 -3 liter sehari
  2. Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  3. Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  4. Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
  5. Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor

Diet Buasir

  1. Kalsium - bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
  2. Minyak Ikan - Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega-3 membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
  3. Zink - Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zink membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.
26. Buasir

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Senggugut Teruk Rupanya Ada Ketumbuhan Rahim