Cara Banyakkan Susu Walaupun Diet

Selamat pagi semua. Ada satu pertanyaan menarik. Boleh ke kita diet masa breastfeed anak kita? Itu satu soalan, lagi soalan, bolehke susu banyak kalau tengah Diet ? Bajet nak kuruskan badan, tapi takut makan banyak pulak ye. Hmm, oklah ini nak kasi tips baik punya untuk korang.


banyakkan susu badan


Susu Badan BEBAS GST

Sebelum nak menjawab soalan di atas, kena tahu, yang susu badan ibu, memang bebas GST, ianya memang formula ciptaan Allah, tak boleh ditiru, walaupun kumpullah berapa ramai saintis dalam dunia. Lagi lagi bila mula-mula nak breastfeed, ada cecair emas kolostrom, memang sangat bagus untuk anak anda. Jadi, breastfeed sangat sangat penting, tak boleh digantikan dengan susu formula. 

Oklah, kalau nak banyakkan susu badan, ini ada beberapa tips yang best nak kongsi dengan anda, boleh klik link di situ:

  1. Ketahui langkah awal nak mulakan penyusuan
  2. Ketahui teknik dan konsep yang betul
  3. Dapatkan makanan yang berkhasiat
  4. Sokongan suami yang penyayang

Jadi Boleh Diet Tak ?

Seeloknya, jangan kawal diet anda, lagi masa dua bulan pertama, bayi perlukan zat yang mencukupi dari seorang ibu. Jadi, makan dengan cukup, supaya anda bertenaga, dan mampu susukan bayi. Oklah, bila anda rasa lemah dan kawal diet anda, sebab itu boleh menyebabkan stress dan susu merudum.

Bagaimana Nak Kuruskan Badan Selepas Bersalin ?

Banyak tips yang ada dalam blog ini, oklah akan diperhalusi satu persatu, boleh tengok dan baca ok ?
Semuanya berkaitan dengan disiplin ibu itu sendiri. Jadi kena sentiasa fokus, tapi jangan stress:

  1. Jaga permakanan - memang best kena makan, tapi seeloknya, jangan sampai kalori banyak sangat. Sebab itu orang kata breastfeed je dah buang kalori, jadi, makan tu kena banyak, jangan terlebih kalori pulak.
  2. Senaman - biasanya ibu-ibu memang ada senaman khas, so jangan kasar sangat senamannya. Memang ada kalau korang tengok banyak senaman khas untuk para ibu lepas bersalin, sama ada normal atau ceaser
  3. Minum Air Banyak - jangan lupa minum air masak, bukan air gas atau alkohol, sangat penting kepada ibu yang nak diet sambil breastfeed anak.
  4. Vitamin - jangan lupa ambil vitamin, memang bagus, kalau anda tak ambil vitamin, rugi, sebab vitamin ini boleh bantu untuk turunkan berat badan anda, secara tak langsung

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Senggugut Teruk Rupanya Ada Ketumbuhan Rahim