Gejala Awal Sakit Jantung

Sakit jantung merupakan salah satu penyakit yang perlu kita waspada. Terdapat banyak kes orang terkena sakit jantung secara tiba-tiba. Kolesterol serta lemak berlebih dalam tubuh dihubungkan sebagai faktor penyebab masalah jantung.

Namun, masih ramai di antara kita yang mengambil remeh isu pemakanan seharian, walaupun menyedari hakikat bahawa, SAKIT JANTUNG MERUPAKAN penyakit yangMEMBAWA KEMATIAN TERTINGGI DI DUNIA!!

Sebelum penyakit ini betul betul menjadi sahabat anda semua, jom kita kenali tanda awal sakit jantung


sakit jantung

Gejala Sakit Jantung

  1. Penat: Bila anda sering jadi penat walau tidak melakukan aktiviti berat
  2. Nyilu di dada: Akan merasa nyilu dibahagian dada kerana saluran arteri tersumbat. Di sebabkan oleh saluran ini tersumbat, kita akan mudah merasa lemah akibat, darah gagal mengalir keseluruh badan
  3. Berpeluh: Sekiranya, badan anda berpeluh tanpa melakukan sebarang aktiviti, kebiasaanya, jantung mempunyai masalah
  4. Kebas
  5. Denyut jantung tidak teratur
  6. Sesak nafas
  7. Bengkak (sembab): Kebiasaannya pada pergelangan kaki

Post a Comment

3 Comments