Khasiat Palm Sugar Atau Gula Merah

Palm sugar/gula merah merupakan gula dari samada pokok kelapa atau pokok sagu/rumbia. Jika berasal dari pokok rumbia, ia disebut arenga palm sugar. Jika berasal dari pohon kelapa ia disebut sebagai coconut palm sugar. Namun keduanya berasal dari keluarga pokok palma sehingga secara umum disebut Palm Sugar. Namun kepada kita orang biasa sering dikenal sebagai gula merah (atau gula semut di Indonesia).


gula merah elak diabetes


Beza Dengan Brown Sugar

Gula merah adalah berbeda dari brown sugar; yang sebenarnya diproses dari gula pasir (gula tebu) yang ditambah dengan molases (sari tebu). Tebu sendiri berasal dari sejenis keluarga rumput-rumputan. Dengan demikian, gula merah dan brown sugar adalah dua jenis gula yang sangat berbeda.

Gula merah bermanfaat dari segi kesihatan kerana ia mengandungi kadar glukos yang amat rendah. Oleh yang demikian gula merah amat sesuai digunakan oleh pengidap diabetes/kencing manis. Begitu jua bagi mereka yang sedang melakukan program diet yakni untuk menguruskan badan.

Selain itu, gula merah dapat memberi rasa kenyang di perut sehingga boleh menekan selera atau nafsu makan yang berlebihan.

Khasiat Gula Merah

Tidak seperti gula pasir, gula merah mengandungi zat-zat garam mineral terutama Iodium yang membantu proses kecerdasan minda seseorang; phosporas, magnesium, kalsium, natrium dan sebagainya yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. 

Gula merah juga mempunyai kandungan glukosa yang lebih rendah berbanding gula pasir. Selain itu gula merah kaya dengan Vitamin C, Thiamine, Nicotinic acid, Riboflavin, Ascorbic acid dan zat Protein. 

Memandangkan kepada kandungan zat galian dan nutrisinya yang tinggi, maka gula merah amat sesuai bagi pengidap diabetes, lelah atau asma, anemia atau kurang darah, mereda panas pankreas, membantu pertumbuhan gigi dan tulang, menghalang kegemukan dan baik untuk proses pembesaran kanak2.

Malah mengikut satu kajian nutrisi di Amerika Syarikat baru2 ini, gula merah didapati mengandungi khasiat pemakanan yang hampir sama dengan madu lebah.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara