Petua Lama Merawat Selsema

Oklah, jom kita tengok tips mudah, petua orang lama nak legakan selsema. hoo, dulu macam macam buat, tapi dulu kalau selsema je, ayah suruh makan ubat itu ini dan itu. Tapi , jangan makan sebarang ubat. Ada cara paling mudah, iaitu TIDUR !!!


petua lama merawat selsema



  1. HALIA - Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari
  2. IKAN - Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik
  3. SAYURAN HIJAU - Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema
  4. BAWANG PUTIH - Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah
  5. KUNYIT - Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema
  6. MADU - Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak
  7. AIR BERAS - Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam
sumber: mysumber

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara