15 Khasiat Buah Naga Yang Lebih Hebat Dari Naga Gaban

Buah Naga atau Dragon Fruit adalah sejenis buah yang memiliki kulit luar berwarna merah. Isinya juga merah dan ada juga yang putih dengan biji-biji bersaiz kecil berwarna hitam. Buah naga sedap dimakan begitu sahaja tetapi lagi sedap bila dimakan bersama aiskrim. Korang suka makan buah naga?


dragon fruit terbaik



15 Khasiat Buah Naga

Mungkin ramai yang tidak tahu, buah naga sebenarnya kaya dengan vitamin, berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Antaranya:

  1. Vitamin C – Kandungan vitamin C dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Malah menurut kajian buah naga yang telah dikeringkan mengandungi 10 kali lebih banyak vitamin C yang diperlukan badan.
  2. Vitamin B1 – Buah naga juga kaya dengan vitamin B1 yang membantu memproses karbohidrat dengan pantas untuk membekalkan tenaga kepada badan.
  3. Vitamin B3 – Kandungan vitamin B3 dalam buah naga juga mampu menurunkan kolesterol. Selain itu vitamin B3 bagus untuk kulit kerana ia membuat kulit halus dan berseri secara semulajadi dari dalam.
  4. Vitamin B12 – Kandungan vitamin B12 pula membantu menambahkan selera makan terutamanya untuk individu yang kurang selera makan dan baru sembuh dari pelbagai jenis penyakit.
  5. Tinggi Serat – Buah naga kaya dengan serat dan membantu mengatasi beberapa masalah pencernaan seperti makanan tidak hadam dan sembelit.
  6. Kaya Mineral – Antara mineral yang terkandung dalam buah naga adalah fosfor dan kalsium. Kedua mineral ini membantu dalam pembentukan tulang, gigi, dan perkembangan sel.
  7. Antioksida – Buah naga juga menjadi sumber antioksidan yang baik untuk mencegah dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan masalah kesihatan yang lain.
  8. Protein – Protein adalah antara nutrisi penting yang diperlukan oleh badan untuk membentuk hormon, enzim, dan sebatian lain. Jadi pengambilan buah naga juga dapat membekalkan protein kepada badan.
  9. Rendah lemak – Biji-biji kecil yang terdapat dalam buah naga merupakan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan. Ia membantu menambah kolesterol baik dan menyingkirkan kolesterol jahat.
  10. Mengawal gula dalam darah – Buah naga amat sesuai diambil oleh pesakit kencing manis kerana ia dapat mengawal kandungan gula dalam darah agar kekal seimbang.
  11. Menurunkan tekanan darah – Selain itu buah naga juga sesuai diambil oleh pesakit darah tinggi kerana ia membantu menurunkan tekanan ke paras yang normal. Buah naga juga baik untuk mereka yang berisiko terkena serangan jantung dan strok.
  12. Meneutralkan toxin – Toxin dalam badan sebenarnya amat membahayakan kesihatan. Pengambilan buah naga dapat meneutralkan kandungan toxin yang terdapat dalam badan.
  13. Baik untuk kesihatan mata – Pengambilan buah naga juga dapat membantu menjaga kesihatan mata dan memperbaiki penglihatan seseorang.
  14. Menurunkan berat badan – Jika diambil secara kerap, buah naga dapat menurunkan berat badan ke tahap yang lebih ideal dalam beberapa bulan.
  15. Melegakan asma – Buah naga juga dikatakan membantu merawat beberapa masalah pernafasan seperti selsema, batuk, asma dan sebagainya.
sumber:puterikasih

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara