Sunday, May 17, 2015

5 Bahan Ajaib Melawan Kolesterol Jahat

Salam sejahtera semua, apa khabar ? Hari ini jom kita baca sedikit 5 bahan semula jadi ini , bagus diamalkan untuk melawan kolesterol jahat dalam badan kita. Memang bagus dan mudah didapati di kedai, pasar malam. Kalau rajin , boleh tanam.


lawan kolesterol



  1. Halia - Halia telah digunakan sejak lebih dari 500 tahun sebagai perasa makanan dan ubat. Dalam Zaman Pertengahan (1000-1400) halia digunakan untuk mengubat wabak penyakit plague yang melanda benua Eropah. Kini halia digunakan untuk mengubat selsema, sakit kepala, rahang saluran darah, arthritis sendi-sendi dan batuk.
  2. Bawang Putih - Khasiat bawang putih untuk kesihatan jantung dan membantu sistem kekebalan (immune system) badan telah lama diketahui. Sebagai anti-oksidan, bawang putih dapat memelihara kesihatan peredaran darah dan mengukuhkan imuniti (kekebalan) badan.
  3. Madu lebah - Madu amat berkesan untuk mengubati beberapa penyakit usus, organ pernafasan, jantung dan saraf. Maju juga telah terbukti mujarab menyembuh beberapa penyakit lain.
  4. Limau - Sudah berkurun-kurun limau digunakan sebagai anti-bakteria, anti-virus, penggalak kekebalan badan, mengurangkan berat badan, memulihkan penghadaman, dan membaik pulih kesihatan hati.
  5. Cuka Pati Epal - Perahan epal yang telah diperam menjadi cuka (tanpa alkohol) digunakan sebagai tonik untuk penyakit seperti diabetes, kanser,, penyakit jantung, kolestrol tinggi dan untuk mengurangkan berat badan. Cuka pati epal juga digunakan bagi menurunkan rahang demam, dan dalam perubatan tradisional ia digunakan bagi penghadaman.

sumber:minumanse7en

No comments:

Post a Comment