5 Petua Rawat Kurap

Salam sejahtera semua. jom kita cuba beberapa tips terbaik dari petuaorangkampung. Memang kurap ni memang power lah, tapi jangan risau, ada cara tradisional nak atasi masalah kurap nih. Boleh cuba mana-mana petua di bawah ini.


petua rawat kurap

1. Kunyit hidup 

Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.

2. Daun jambu

Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.

3. Sayur bayam

Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

4. Santan kelapa dan kangkung

Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

5. Daun peria

Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara