6 Jenis Masalah Kulit

Pernah tak dihantui masalah kulit yg memalukan? Diejek kengkawan gara-gara tompok panau di lengan dan dibelakang leher? Ada yg malu nak bercampur masyarakat gara-gara berkudis dan bernanah di kaki? Dengarje dh menggelikan.. takda siapa nak benda mcm ni jadi, tapi jangan bimbang.tiap-tiap penyakit InsyaAllah ada ubatnya.


jenis penyakit kulit


Penyakit kulit ni ada mcm2 jenis.. ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria , virus dan kulat seperti kudis buta, kudis api, kurap, panau dan campak. Ada disebabkan oleh pengubahsuaian sistem imun badan kita seperti alahan, reaksi hipersensitif, resdung. Ada juga disebabkan masalah dlm darah (ekzema, psoriasis) dan sebagainya. Nak kenal lebih lanjut apa masalah kulit , boleh tengok info kt bawah ni:

1. Kudis

Penyakit kulit gatal yang menular and scabies, biasanya lebih ketara dirasai pada waktu malam. Sering muncul di tempat-tempat lembab pada badan seperti tangan, ketiak, kunci paha dan pada tangan dan kaki.

2. Kurap

Penyakit kulit menular yg disebabkan jangkitan kulat, dimana terdapat bahagian kecil yang kasar pada kulit dan dikelilingi lingkaran merah muda.

3. Panau

Penyakit kulit disebabkan sejenis kulat. Dikesan melalui bercak pada kulit disertai rasa gatal bila berpeluh, biasanya berwarna putih, coklat atau merah bergantung pd warna kulit penghidapnya. Paling banyak terjadi pada remaja usia belasan. Tapi golongan tua pun tak terkecuali ada.

4. Folikutis

Disebabkan serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul terbentuk. Biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Penderita biasanya rasa gatal-gatal dan pedih, lebih-lebih lagi bila rambut atau janggut dicabut. Sekiranya tak dirawat, folikulitis akar akan jadi kronik dan berlanjutan bertahun-tahun lamanya.

5. Ekzema

Nama lainnya Dermatitis Atopik. Ia disebabkan sentuhan atau alergi dan terjadi pada jenis individu yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan penyakit ni! Bagi ekzema yang serius, kulit jadi kemerah-merahan dan membengkak. Pesakit akan menggaru-garu kulit kerana rasa tersangat gatal sehingga terdapat tanda cakaran. Akhirnya kulit akan merekah.

6. Kudis Buta

Penyakit kulit berjangkit disebabkan tungau betina yg menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka pada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan, permukaan sebelah dalam lengan atas, peha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat. Kulit akan rasa sangat gatal dan akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin akan memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tak dirawat, ia boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain melalui sentuhan tubuh dengan pengidap kudis buta ataupun dari tempat tidur dan pakaian yang penuh dengan tungau.

Comments

  1. Info yang menarik mengenai jenis-jenis penyakit kulit. Kita juga harus mengamalkan sikap menitikberatkan kebersihan kulit dan pakaian yang dipakai agar penyakit ini tidak mudah dijangkiti. Selain itu, pengambilan makanan tambahan seperti Vitamin C, Vitamin E, minyak ikan omega-3 dan zink juga sangat digalakkan untuk menguatkan sistem dermatologi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara