Wednesday, May 6, 2015

7 Tips Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur

Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni, terdapat 7 tip yang boleh anda amalkan. Bermula daripada sebelum anda tidur, sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya. Cubalah, bangun subuh sikit , doa, insyaallah


badan lesu



  1. Bersihakan Diri - Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki. Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu' yang sempurna sebelum tidur.
  2. Jangan Tidur Lewat - Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan. Kalau tak silap, saya pernah terbaca yang tidur lewat ni boleh menambah berat badan anda tau!
  3. Senaman Ringan - Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil. Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.
  4. Cuci Muka - Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam. Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.
  5. Solat Subuh - Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu' dan tunaikan solat Subuh.
  6. Minum Air Masak - Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan. Tapi jangan pula anda terus minum air masak tu sejurus selepas bangun tidur.
  7. Kalsium - Ambillah kalsium sebelum tidur. nak mudah minum susu, kalau susah sangat boleh telah pil kalsium yang terbaik lagi semula jadi.

Begitulah 7 tip bagi membantu tubuh anda agar lebih segar ketika bangun pagi. Amalkanlah setiap hari (kalau mampu) agar badan anda tak lesu lagi.

sumber: petuasejagat

1 comment: