9 Langkah Mengatasi Masalah Berat Badan

Masalah berat badan merupakan masalah yang sangat pelik dan sering dipertanyakan oleh mereka yang mengalami kegemukan. Menjadi gemuk merupakan mimpi buruk bagi sebahagian mereka terutama bagi mereka yang sangat mementingkan penampilan. Kegemukan juga akan mengurangkan rasa kurang percaya dan kurang keyakinan dalam diri. Namun yang demikian, tidak semua mereka yang mengalami kegemukan adalah mereka yang tidak berjaya. Terdapat juga tokoh-tokoh yang berjaya kini memiliki badan yang gemuk. Namun, berkemungkinan mereka ini tetap mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersukan misalnya. 





Menurut Dr. Zahara Abdul Manaf pakar dietetic ‘Langkah paling sesuai dan mudah untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan pemakan yang sihat dan bersenam. Tidak perlu pengambilan pil kurus yang mana ia akan membeir kesan sampingan kepada tubuh badan.’ Disebabkan wujudnya kegusaran terhadap masalah kegemukan ini, di sini di sertakan beberapa langkah yang boleh di ikuti kita untuk mengawal berat badan.

1. Tingkatkan Keyakinan Diri

“saya harus boleh!!!”. Tanamkan tiga perkataan ini dalam setiap langkah pertama dalam hidup kita bagi mengawal masalah berat badan. Godaan akan sentiasa datang namun kita harus sentiasa ingat bahawa kita mampu mengawalnya. Sentiasa menjadikan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sebagai motivator dalam proses mengurangkan berat badan. . Mereka akan membantu kita dengan memberikan dorongan apabila kita mengalami putus asa dengan program penurunan berat badan yang sedang di lakukan.

2. Mengambil Sarapan

Sarapan merupakan perkara yang wajib dilakukan bagi mereka yang ingin menjaga berat badan mereka. Menurut kajian, kita seharusnya jangan meninggalkan rumah pada waktu pagi tanpa menjamah sebarang makanan kerana sumber makanan yang dimakan akan memberikan kita cukup tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Tidak perlu mengambil menu sarapan makanan yang berat berat. Memadailah dengan hanya mengambil pisang, yogurt, sereal, roti dan lain-lain yang bersesuaian kerana makanan yang ringan ini mengandung banyak serat dan protein yang akan membuatkan kita berasa kenyang sehingga tiba waktunya makan tengahari.

3. Label Makanan

Sediakan beberapa waktu sejenak untuk membaca kandungan gizi pada label makanan. Yang perlu diperhatikan adalah kandungan kalorinya kerana zat inilah yang berperanan dalam menambahkan berat badan seseorang apabila diambil secara berlebihan. Sesuaikan keperluan tenaga atau kalori kita dalam sehari dengan catatan yang tertera dalam label makanan tersebut.

4. Makan Dengan Betul. 

Untuk jangka pendek sememangnya diet akan menurunkan berat badan kita, namun apabila ketika berdiet ia di hentikan maka berat badan akan bertambah kembali. Makan makanan yang sihat ketika diet atau mengurangi beberapa jenis makanan tidak semestinya akan membuat berat badan turun. Tetapi yang paling penting adalah dengan memilih makanan yang seimbang nilai gizinya sesuai dengan keperluan tubuh kita kerana kalori yang dimakan akan dimanfaatkan secara secapa optimum.

5. Makan Secara Teratur.

Tubuh secara semulajadi akan menurunkan metabolisme apabila berasa lapar. Hal ini tentu tidak begitu baik sewaktu menjalani proses penurunan berat badan. Jadi, bagi menghindari hal tersebut maka pola makanan harian yang seimbang dan rutin perlu di lakukan setiap hari. Pastikan jumlah makan juga minimumnya 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan awal malam.

6. Banyakkan Pengambilan Makanan Berserat.

 Serat adalah sangat penting untuk menjaga tubuh kita agar tetap sihat. Serat yang kita makan sehari hari adalah berfungsi bagi membantu menurunkan kolesterol dan melancarkan saluran pencernaan. Serat juga boleh mengenyangkan dan secara semulajadi mengurangi jumlah makanan yang tidak berguna. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah dan ia sesuai sebagai bahan makanan yang di perlukan bagi menurunkan berat badan.

7. Mengambil Makanan Yang Sihat.

Pilihlah makanan yang tidak mengandung lemak yang banyak dan perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu juga pilihlah minyak sayur sebagai sumber lemak kerana minyak sayuran mengandung lemak yang kurang. Jadi sebagai alternatif lain, kita perlu makan makanan yang mengandung banyak Omega 3 seperti ikan. Banyakkan memakan makanan yang mengandung protein dalam jumlah banyak akan membuat perut kita berasa kenyang dalam beberapa jam sehingga mengurangi keinginan kita untuk makan makanan yang mengandung kalori tinggi.

8. Olah raga dan senaman.

Sesuaikan olah raga yang di pilih dengan keadaan tubuh. Salah satu olah raga yang sihat, murah dan boleh dilakukan oleh semua orang adalah berjalan kaki. Berjalan minimum 5 kilometer sehari dan usahakan selalu untuk menambah jarak kita berjalan adalah sesuatu yang digalakkan. Ingat, senaman tidak hanya menurunkan berat badan kita tetapi juga supaya tubuh kita menjadi lebih sihat.

9. Minum air secukupnya.

Beberapa ahli dan pakar kesihatan menyatakan bahawa, dengan meminum air yang cukup maka kita akan terhindar daripada makan secara berlebihan. Disarankan agar kita minum air sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. Selain untuk mengawal berat badan, air juga mampu mejadikan tubuh kita sihat dan cergas serta terhindar dari risiko penyakit.

Comments

  1. This is amazing! Play Clash of Clans? Visit http://maxclashgems.com - Best free source for Clash of Clans gems! I just tried that with all my clan! (7JsOHMqqRj)http://clanshelper.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara