Kenapa Asma Bahaya ?

Asma atau 'Bronchiol asthma' bererti seseorang itu mengidap penyakit dimana salur-salur pernafasannya akan mengecil ketika asthma menyerang. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan nafasnya akan berbunyi. Peringkat kedua asthma adalah apabila berlaku radang 'inflamation' di dinding-dinding salur pernafasan tersebut atas tindakbalas badan. Dalam keadaan biasa dan normal kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa tanda, kerana proses pengecilan itu adalah sementara. 

Walaupun asthma secara amnya seperti penyakit biasa, tetapi kadangkala penyakit asthma yang teruk boleh juga menyebabkan maut dan asthma yang tidak terkawal boleh menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai tumbesaran yang terganggu.


sesak nafas


Mengapa Saya Mendapat Asma ?

Asthma adalah penyakit yang mempunyai banyak faktor penyebab; ianya adalah satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan dimana seseorang anak itu mempunyai kebarangkalian mendapat asthma jika ibu bapanya mempunyai asthma. Astma juga adalah satu daripada penyakit alahan (allergic), 'allergic rhinitis' dan 'utricaria'. 

Asthma biasanya menyerang apabila seseorang itu tededah kepada faktor-faktor luaran yang dipanggil 'allergen' seperti habuk, cuaca sejuk, makanan, kucing atau haiwan berbulu yang lain dan juga jangkitan kuman pada saluran pernafasan ('Upper Respiratory Tract Infection) dilihat apabila kanak-kanak itu demam dan batuk dan diserang asthma. 

Tanda-tanda asma

  • Batuk berpanjangan di waktu malam hari atau cuaca sejuk.
  • Pernafasan berbunyi (wheezing).
  • Sesak pernafasan.
  • Merasakan dada sempit.

Bagaiman Mengelak Dari Serangan Asma ?

Langkan pertama ialah dengan manjauhi faktor-faktor penyebab asthma. Setiap pesakit biasanya mempunyai faktor penyebabnya sendiri dan biasanya kanak-kanak itu atau ibu bapanya tahu faktor ini. Cuba jauhi faktor penyebab dan anda boleh mengelak asthma. Jika asthma menyerang juga, bawalah kanan-kanak ke hospital atak klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

sumber: ainihazrina

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara