Posts

Showing posts from June, 2015

5 Khasiat Kunyit Untuk Orang Buncit

Image
Kunyit adalah salah satu penyembuh. Ini rempah kuning bertenaga telah lama terkenal dengan ciri-ciri anti-radang dan antioksidan. Penyelidikan terkini telah mendedahkan bahawa kunyit merupakan satu keajaiban semula jadi benar, membuktikan bermanfaat dalam rawatan pelbagai keadaan kesihatan yang berbeza seperti penyakit jantung, artritis dan penyakit Alzheimer. Ciri-ciri perubatan rempah ini adalah disebabkan oleh kehadiran curcumin antioksidan.



1. Ia membantu melindungi jantung Kunyit boleh membantu melindungi jantung. Keradangan boleh mengeraskan otot jantung dengan merangsang kolagen tambahan untuk membentuk seluruh sel-sel jantung - ini memaksa jantung bekerja lebih keras. Kunyit boleh membantu mencegah proses ini.
2. Ia mengurangkan risiko Alzheimer Kunyit juga boleh membantu mengekalkan ingatan dan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. Penyakit Alzheimer dicirikan oleh pengumpulan protein amiloid 'plak' di dalam otak, menyekat sambungan antara sel-sel saraf penting untuk…

Bahaya Radikal Bebas

Image
Pada masa ini, punca penyakit yang paling banyak pada hari ini bukan lagi disebabkan oleh bakteria, virus, fungus atau parasit. Penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, kanser, darah tinggi dan sebagainya adalah disebabkan oleh satu komponen yang di panggil Radikal Bebas.



Apa Itu Radikal Bebas ? Radikal bebas adalah satu molekul yang tidak stabil di mana ia tidak mempunyai pasangan elektron yang cukup. Molekul yang stabil mempunyai pasangan elektron yang cukup. Radikal bebas ini sangat merbahaya dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada sel-sel yang sihat di dalam badan kita.
Bagi menstabilkan diri mereka, radikal bebas akan pergi kepada molekul yang sihat dan mengambil elektron dari molekul ini. Ini akan mengakibatkan molekul yang sihat berubah menjadi lemah dan tidak stabil. 
Apabila radikal bebas yang terdapat di dalam tubuh badan kita terlampau banyak, ia akan mengakibatkan sel-sel di dalam tubuh menjadi lemah dan rosak seterusnya melemahkan sistem pertahanan tubuh badan kit…

Kenapa Serat @ Fiber Sangat Penting Untuk Melawan Diabetes ?

Image
Dalam kesibukan masyarakat sekarang menempuh arus kehidupan serba moden ini telah menyebabkan ramai yang mengambil ringan terhadap tabiat pengambilan makanan masing-masing. Kemudahan memperolehi atau menyediakan makanan secara cepat, mudah disaji dan menyelerakan tanpa memikirkan tahap kandungan bahan awet, gula, lemak, garam serta mikronutrien yang lain adalah antara faktor yang membawa kepada penyakit-penyakit kronik. Gaya hidup ini tidak patut diamalkan dan memerlukan perubahan.
Kekurangan pengambilan serat di dalam pengambilan makanan adalah antara faktor yang meningkatkan risiko penyakit. Kebanyakan negara menyarankan pengambilan serat antara 21 hingga 40g sehari, manakala WHO menyarankan sebanyak 25g sehari.Mengikut Garis Panduan Diet Malaysia (2010), saranan keperluan serat adalah antara20 hingga 30g sehari. Tetapi bagaimanakah gambaran sebenar tahap pengambilan serat di kalangan rakyat Malaysia ? Sejauh manakah kesedaran dan kefahaman masyarakat kini terhadap kepentingan peng…

4 Khasiat Sayur-Sayuran

Image
Salam sejahtera semua. Apa khabar korang semua ? Semua puasa tak ? oklah, jom kita tengok khasiat sayur-sayuran pulak. bagus sayur hijau ini. Oklah, hari ini entry agak sempoi, di copy terus dari blog cik zana, memang cute blog ni. 



1. Membantu proses menurunkan berat badan Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.
2. Mencantikkan kulit Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kulit dan rambut yang lebih cantik. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan…

10 Khasiat Kurma yang Ramai Lagi Tak tahu.

Image
Kurma merupakan makanan kegemaran Rasulullah S. A.W dan ketika kita berbuka puasa maka kurma akan menjadi makanan utama selain air masak. Mengapa mesti kurma? Apa kelebihan kurma berbanding dengan makanan-makanan yang lain? Jom baca khasiat buah kurma.




10 Khasiat Kurma yang Ramai Lagi Tak tahu
1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.
2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tam…

Cara Bersenam Untuk Hilangkan Perut Buncit

Image
Salam sejahtera semua. Apa khabar ?  Selamat berpuasa ye semua. dah hari ketiga nih, makan semua ok ke ? Tentu ramai nak tahu cara nak buat senaman yang betul untuk hilangkan perut buncit. Ish ish, memang sukar jugaklah ye tak ? Banyak sangat lemak, lemak kat perut memang sukar. Jom kita sambung baca lagi.


2 JENIS LEMAK PERUT Hooo, yang ni kena baca betul-betul sikit. 2 jenis lemak yang disebut-sebut dalam artikel mat saleh ialah Subcutaneous Fats dan Visceral Fats. Oklah apa beza dua lemak nih ? huuu, memang banyak beza. Kalau korang search gambar pun mesti tengok, hoo. ini bezanya.
Subcutaneous - Yang ni adalah lemak yang memang 'sub', bawah kulit. Memang kelihatan jelas lemak tuh, membuatkan korang nampak makin comel. So biasanya ada kat perut, lengan, dan macam-macam tempat lagilah. Yang ni adalah petanda korang makin gemuk, dan obesiti.Visceral - Perkataan 'viscera' itu merujuk kepada organ dalaman, dalam abdomen. Biasanya boleh terjadi dalam hati, jantung dan orga…

Cara Buat Duit Dari Rumah ? YES !!! Inilah Yang Anda Perlukan

Image
Salam sejahtera semua. Apa khabar semua ? Nampaknya ramai juga yang tertanya-tanya, atau ada yang dah tahu, atau ada yang belum tahu, macam mana nak buat kerja dari rumah. Ada yang buat blog , buat pelaburan, forex, affiliate dan sebagainya. Ada cara lain tak nak buat duit dari rumah ? Hoo memang banyak dan sangat banyak


Senggugut Boleh Sebabkan KEMANDULAN

Image
SESETENGAH wanita yang mengalami kesakitan ketika haid menganggap simptom tersebut adalah perkara biasa. Mereka menanganinya dengan makan ubat dan kemudian rasa sakit hilang antara dua hingga lima hari.
Namun, tahukah anda kesakitan senggugut yang melampau dan berulang kali adalah petanda kepada penyakit endometriosis? Secara saintifik, endometriosis membawa maksud selaput rahim yang tumbuh di luar rahim seperti usus, pundi kencing, salur kencing, tiub fallopian dan bahagian lain di luar kawasan pelvik.
Perlu diketahui, endometriosis bukan senggugut, tetapi senggugut yang teruk merupakan simptom endometriosis. Ia masalah yang kerap berlaku dan dua pertiga daripadanya berpunca daripada ketidaksuburan wanita.



Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Al-Islam, Dr. Norlida Kairon berkata, punca sebenar endometriosis tidak diketahui, tetapi kemungkinan darah yang terperangkap itu boleh menyebabkan pembentukan sista darah.
Sista darah pula mungkin boleh membentuk parut dan menyebabk…

Diet Yang Sihat Untuk Kurus Di Masa Sahur dan Berbuka Puasa

Image
Panjangnye tajuk . Oklah, takpa. Jom kita borak borak sikit petang nih. Memang semua orang dah standby, nak bulan puasa nih, mesti nak cari makanan yang terbaik untuk sahur. Berbuka pulak mestilah nak yang best, tak sah kalau tak singgah bazaar ramadhan. Oklah, takpa, hari ni nak share sikit tips diet terbaik untuk sahur dan berbuka.



Kurus Masa Puasa Memang Best Semua orang nak ambil peluang nak buang lemak-lemak, berat badan yang berlebihan ketika puasa. Bajet tak makan 30 hari, jadi sahur dan berbuka pun ambil makanan sikit je. Memang akan ada peluang untuk kurus. Tapi jangan silap sangka, sebab kurus tuh bukan kurus yang sihat. Hoo, macam tu pulak ye. Berat memang turun tapi belum tentu sihat, takut-takut boleh naik kembali lepas raya, huhuhuhu.
Kenapa Kurus Tapi Tak SIHAT ? Bunyi macam mengerikan, huhuhuhu. Oklah, jawapannya mudah je. Sebab yang dibakar, yang berkurang mungkin sekali ialah jisim otot, bukannya bakar lemak. Orang yang puasa, kurang makan, biasanya akan berlaku pengu…

Kenapa Kita Perlukan Lemak ?

Image
Semua orang tak suka lemak yang berada di badan, lagi lagi wanita. oh tidak, lemak membuatkan badan tak cun, terus jadi terduduk, tak comel macam ziana zain, anuar zain, malek noor, dan macam-macam lagi. Tapi ada juga beberapa saintis yang katanya wanita terutamanya perlukan lemak. Oklah, jom kita tengok sikit pasal lemak nih.




Jenis Jenis Lemak Yang Wujud Dalam Dunia Jenis -jenis lemak nih memang ada, oklah, ada 3 jenis. Senang je, kan. Oklah, jom kita tengok jenis-jenis lemak nih, dari yang tak sihat sampai yang sihat
Saturated Fats - lemak tepu, memang paling tak sihat sekali, biasalah, yang ni memang biasa sangat kita makan. Saturated fats ni yang tak sihat, kalau terlebih memang membuatkan badan jadi comel, dan boleh mengundang penyakit berbahaya seperti lemah jantung, diabetes, kencing manis, dan strok.
Monounsaturated Fats - yang ni kiranya ok sikit dari lemak tepu, monounsaturated ni biasanya ada dalam minyak zaitun dan yang berkaitan, kiranya lebih sihat.Polyunsaturated Fats - …

Penyakit Kuning

Image
Kebanyakkan kes demam kuning atau dalam istilah perubatan; Jaundice tidak berbahaya dan boleh hilang sendiri jika tahu cara mengatasinya. Bagaimanapun, jangan kita ambil ringan kerana dalam kes tertentu ia boleh membahayakan kesihatan dan pertumbuhan bayi. Dan mereka memerlukan pemerhatian rapi dari doktor. 


Apa Itu Demam Kuning ? Demam kuning atau jaundis (dalam istilah perubatan) terjadi hampir 60-70 peratus pada bayi yang baru lahir. Ia terjadi apabila bilirulin iaitu pigmen kuning yang terhasil ketika penguraian normal sel darah merah. 
Bila bayi mudah diserang demam kuning ? Biasanya berlaku dari hari pertama hingga ke-4 tetapi bergantung kepada jenis demam kuning. Sekiranya selepas 14 hari bayi anda tidak ada tanda-tanda diatas, mungkin bayi anda terselamat dari terkena penyakit utama bayi yang baru lahir ini.
Apakah punca demam kuning ?Masalah serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal. Kurang diberi susu ibu. Jangkitan atau kelahiran yang trauma Apakah Rawatan Demam…

Basic H2™ - Organic Super Cleaning Concentrate

Image
Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan 1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!


3 Punca Berat Badan Meningkat Semasa Hamil

Image
Semasa hamil, ada ibu yang suka makan banyak, selepas dah habis musim alahan, ada yang makan dengan sewenang-wenangnya. Macam-macam makan dan tidak sedar  berat badan makin meningkat. Paling ditakuti ialah boleh kena GDM, atau diabetes. Jadi kena tahu juga punca-punca berat badan dan tips nak kawal selera makan nih.



3 Penyebab Berat Badan Naik
Mengidam -Ramai wanita hamil sering mengatakan diri mengidam itu dan ini. Misalnya makanan seperti buger, piza, ayam goreng (dan semua makanan yang di goreng) dan akan merajuk jika ada pihak menasihatkan supaya berhenti makan makanan yang berkalori tinggi ini. Tabiat - Ibu-ibu hamil yang mengamalkan tabiat makan untuk dua orang. Padahal bayi cuma memerlukan 100 kalori/kilogram sehari. Si ibu pula makan 3000-4000 kalori sehari, Manis - Ibu-ibu yang sering makan makanan dan minuman manis (ini termasuklah pengaambilan susu untuk wanita hamil yang berlebihan,minuman berkhasiat tetapi berkalori tinggi, susu pekat manis, kuih-muih, kek, roti, bun, gul…

11 Tips Sihat Untuk Orang Sibuk Kerja

Image
Kadangkala, masa berkerja yang panjang dan jadual yang ketat menyebabkan anda gagal untuk mencapai ‘fitness target’. Kebanyakan daripada kita melangkau waktu makan dan makan makanan yang tidak sihat. Kita juga sukar untuk mencari masa untuk bersenam akibat dari masa bekerja kita. Kerana gaya hidup kita ini, kita secara tidak sengaja telah menyebabkan diri kita menjadi kurang cergas dan sihat. Walaubagaimanapun, dengan sedikit displin diri, anda boleh menguruskan kedua-dua masa bekerja dan mengurangkan berat badan dengan mudah.



1. Bersenam di waktu pagi Motivasikan diri anda untuk berjalan selama satu jam di waktu pagi. Anda juga boleh memilih untuk melakukannya di rumah atau di gim. Senaman selama satu jam adalah perlu untuk membantu anda membakar kalori.
2. Buat jadual untuk senaman anda Anda perlu membuat jadual jika anda tidak mahu terlepas membuat senaman. Gunakan waktu rehat tengahhari untuk pergi berjalan kaki atau anda juga boleh melakukan senaman ringkas di meja pejabat anda.
3.…

Ada Tak Ubat Nak Dapat Anak Kembar ?

Image
Salam sejahtera semua, hari ni terlihat pulak entry pasal kembar, seronok baca blog akak kat bawah ni. Jadi saya pun nak share sedikit apa yang dia tulis pasal anak kembar nih. Hoo, memang family pun ada yang kembar, jadi tips yang di bawah ni mungkin anda kena pertimbangkan semula kalau nak anak kembar.



2 Tips Mudah Nak Dapat Anak Kembar
Kahwin dengan Pasangan Kembar Atau Keturunan Kembar - Selain daripada berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung saat masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi. Anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.
Selain itu, si ibu yang makan pil untuk kesuburan pun akan mempunyai risiko mendapat anak kembar yang tinggi. Sebab itu ada sesetengah ibu yang tak mengandun…