11 Tips Sihat Untuk Orang Sibuk Kerja

Kadangkala, masa berkerja yang panjang dan jadual yang ketat menyebabkan anda gagal untuk mencapai ‘fitness target’. Kebanyakan daripada kita melangkau waktu makan dan makan makanan yang tidak sihat. Kita juga sukar untuk mencari masa untuk bersenam akibat dari masa bekerja kita. Kerana gaya hidup kita ini, kita secara tidak sengaja telah menyebabkan diri kita menjadi kurang cergas dan sihat. Walaubagaimanapun, dengan sedikit displin diri, anda boleh menguruskan kedua-dua masa bekerja dan mengurangkan berat badan dengan mudah.


sibuk kerja nak sihat


1. Bersenam di waktu pagi

Motivasikan diri anda untuk berjalan selama satu jam di waktu pagi. Anda juga boleh memilih untuk melakukannya di rumah atau di gim. Senaman selama satu jam adalah perlu untuk membantu anda membakar kalori.

2. Buat jadual untuk senaman anda

Anda perlu membuat jadual jika anda tidak mahu terlepas membuat senaman. Gunakan waktu rehat tengahhari untuk pergi berjalan kaki atau anda juga boleh melakukan senaman ringkas di meja pejabat anda.

3. Lakukan senaman yang ringkas

Cuba senaman yang ringkas dan mudah untuk menjimatkan masa anda. Anda boleh Google untuk mencari senaman pendek yang sesuai.

4. Gunakan tangga

Sentiasa gunakan tangga jika berkesempatan. Ini dapat membakar banyak kalori. Disamping itu, berjalan turun dan naik tangga adalah salah satu senaman kardio dan kaki yang bagus.

5. Jadikan senaman sesuatu yang menyeronokkan

Buat sesuatu yang anda suka dan kekalkannya. Jika anda tidak suka pergi ke gim, anda boleh lakukannya di rumah. Jika anda tidak suka berlari, anda boleh berjalan. Yang penting di sini ialah lakukan senaman yang anda suka.

6. Jangan tinggalkan sarapan pagi

Jangan sesekali tidak bersarapan pagi jika anda mahu sentiasa sihat dan cergas. Sarapan pagi yang kaya dengan protein akan membantu anda mengekalkan berat badan dan anda akan berasa kenyang lebih lama.

7. Makan makanan penuh bijirin (whole grains)

Gantikan roti biasa dengan roti penuh bijirin atau gantikan beras putih dengan beras perang. Makanan penuh bijirin seperti oat, barli dan beras perang ini dapat melambatkan rasa lapar.

8. Kerap makan

Penuhi selang antara dua waktu makan berat (seperti sarapan pagi dan tengah hari) dengan memakan buah-buahan. Elakkan daripada biskut atau makanan yang tidak sihat.

9. Elakkan garam

Cuba nikmati satu makanan tanpa garam dan lemak seperti bubur. Garam yang berlebihan dalam diet menyebabkan air tersimpan di dalam badan. Anda boleh gunakan kayu manis, buah-buahan ataupun karbohidrat kompleks seperti ubi keledek atau jagung manis untuk memberi rasa manis di dalam bubur.

10. Elakkan minuman berkarbonat

Elakkan minuman berkarbonat yang tinggi kalori atau jus yang terlalu banyak gula. Sebaliknya, minum jus buah-buhan yang dibuat sendiri di rumah.

11. Bijak ketika memilih makanan

Kalau boleh, makan makanan yang dimasak sendiri. Kalau tidak boleh, pastikan anda memilih makanan yang sihat. Jangan pilih makanan yang penuh dengan kalori. Banyakkan makan salad dan kurangkan makanan berminyak.

sumber: sayarasa

Comments

  1. info yg menarik dan baik untuk kita amalkan. tengah bekerja pun dapat juga bersenam. ia dapat menenangkan dan mengurangkan tekanan kerja yg kita hadapi. so, be happy always.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara