Bahaya Radikal Bebas

Pada masa ini, punca penyakit yang paling banyak pada hari ini bukan lagi disebabkan oleh bakteria, virus, fungus atau parasit. Penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, kanser, darah tinggi dan sebagainya adalah disebabkan oleh satu komponen yang di panggil Radikal Bebas.


kanser kulit


Apa Itu Radikal Bebas ?

Radikal bebas adalah satu molekul yang tidak stabil di mana ia tidak mempunyai pasangan elektron yang cukup. Molekul yang stabil mempunyai pasangan elektron yang cukup. Radikal bebas ini sangat merbahaya dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada sel-sel yang sihat di dalam badan kita.

Bagi menstabilkan diri mereka, radikal bebas akan pergi kepada molekul yang sihat dan mengambil elektron dari molekul ini. Ini akan mengakibatkan molekul yang sihat berubah menjadi lemah dan tidak stabil. 

Apabila radikal bebas yang terdapat di dalam tubuh badan kita terlampau banyak, ia akan mengakibatkan sel-sel di dalam tubuh menjadi lemah dan rosak seterusnya melemahkan sistem pertahanan tubuh badan kita.

Kesan Radikal Bebas Terhadap Kesihatan

Pada sel kulit, radikal bebas dapat merusak lipid pada membran sel sehingga dapat menimbulkan keriput dan mempercepat penuaan. Radikal bebas juga diduga sebagai pemicu zat-zat karsinogenik sebagai salah satu penyebab kanser. Selain itu, radikal bebas dapat meningkatkan kadar LDL yang menjadi penyebab penimbunan kolesterol pada dinding pembuluh darah yang pada akhirnya mengakibatkan penyakit jantung koroner.

Bagaimana Hendak Mencegah Radikal Bebas ?

Jawapannya ialah dengan Antioksidan. Ada beberapa makanan yang merupakan sumber antikosidan, iaitu makanan yang mengandung Vitamin A, C, E, melantonin, betakaroteno seperti sayuran, kacang-kacangan, jagung, dan buah. Saat ini juga tersedia suplemen dan susu yang mengandung antioksidan. Daging mengandung banyak oksidan, jadi sebaiknya perbanyakkan memakan sayur dan buah.

Comments

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara