Thursday, June 18, 2015

Cara Buat Duit Dari Rumah ? YES !!! Inilah Yang Anda Perlukan

Salam sejahtera semua. Apa khabar semua ? Nampaknya ramai juga yang tertanya-tanya, atau ada yang dah tahu, atau ada yang belum tahu, macam mana nak buat kerja dari rumah. Ada yang buat blog , buat pelaburan, forex, affiliate dan sebagainya. Ada cara lain tak nak buat duit dari rumah ? Hoo memang banyak dan sangat banyak


buat duit online


Situasi Biasa 

Memang dah biasa kita dengar, orang yang cari kerja, biasalah ada masalah macam ini kat bawah. Memang biasa, ada yang kerja part-time, ada yang nak cari duit lebih, dan sebagainya. Anda mungki salah seorang dari situasi di bawah.


1. Nak Cari Side Income Sebab Gaji Tak CUKUP 

Zaman sekarang ini, bukanlah nak salahkan sesiapa pun, bukan semua orang ada duit, gaji besar dan sebagainya. Itu belum lagi yang termasuk dalam kategori banyak hutang, yang boros dan sebagainya. Jadi, nak tak nak, nak cari side income lebih sikit. Paling koman pun, nak saving, nak setelkan hutang, bagus tuh setelkan hutang, susah nak masuk syurga nanti kalau hutang tak setel.

2. Malas Nak Keluar Rumah Lepas Balik Kerja 

Ye memang ada orang yang macam ini, penatlah, apalah dan sebagainya. Contohlah, lepas balik kerja, lepas tuh, nak cari side income, nak kena keluar rumah lagi. Badan boleh penat woo. Itu pun belum kira yang ada family lagi. Jawabnya memang takda masa nak tengok anak. Mungkin ada je anak dah tinggal kat nursery, pengasuh dan sebagainya. Jadi mungkin tercari-cari job yang boleh buat kat rumah je, takyah susah sangat nak pakai baju formal dan sebagainya.

3. Anda Lama Menganggur 

Memang ada yang lepas belajar, terus tak dapat kerja, terus malas kerja, duduk rumah, tak tahu nak buat apa, hadui. Katanya kerja tu tak sesuai ini tak sesuai dan sebagainya. Jadi banyak kali juga cuba kerja tu dan ini, last last apa pun tak jadi, duduk rumah habiskan beras je. Tengok tv, lepak mamak, malam tidur, makan, tak sedar badan dah macam panda.

4. Bosan Lepas Belajar

Biasanya budak-budak lepasan SPM, Diploma, Matrikulasi, bosan gila tak tahu nak buat apa. Balik-balik ada yang jenis lepak je, pergi jalan sana sini, habiskan duit mak bapak. Ada yang rajin pandailah dia kerja kat restoran segera, kerja dengan mak ayah dan sebagainya. Tapi memang ada yang bosan, habiskan masa main facebook, whatsapp memanjang.



Cara Mudah Jana Income Dari Rumah

Ada ke cara ini, ye memang ada, tapi mungkin anda memang suka business yang macam ini. Ciri-ciri business di bawah ini memang bagus untuk anda:

1. Tak Payah MODAL Sampai Beribu-ribu

Biasalah ini, anda semua pernah dengar, nak join sesuatu business, nak kena keluarkan beribu-ribu ringgit sampai kena buat loan, sampai kena korek duit saving anak dan sebagainya. Jadi lecehlah, sebab ada jugak sampai kena hingga 20 ribu, last-last produk pun tak laku.

2. Tak Payah Penat-Penat Nak Cari Orang

Bunyi macam pelik, ye betul, dalam dunia business ini, kita kenalah cari orang. Tapi bukan nya sampai kena paksa, buat temu janji, jumpa balik kawan sekolah lama, bentang projek kaw-kaw dan sebagainya. Lepas tu follow up gile-gile, sampai kena tarawikh kat rumah orang tuh. Anda tentu tak suka kan ? Jangan salah faham, hehhe, teknik business ni, kita tak yah cari orang, tapi orang tu akan cari kita. Best tak ?

3. Produk Yang Selamat dan Ada Kaitan Dalam Kehidupan

Ye ni sangat penting. Ada je business tak jual produk, dah labur, last-last produk tu tak makan, tak rasa kehebatan produk tuh, tak reti guna, tak relate dengan kehidupan, jawabnya tak menjual, jadilah macam business tipikal , cari orang tunjuk duit pelbagai. Lepas tu , anda takut jugakkan produk tah hapa-hapa, takda research, tak meyakinkan, rasa pelik, tak iktiraf pakar perubatan dan sebagainya.

4. Tak Payah Tunjuk DUIT BERKOPAK KOPAK

hehehe, bukan semua orang suka buat macam ini. Anda tak perlulah nak tunjuk duit pelbagai, tak perlu nak tunjuk income dalam bank. Jawabnya income tu bukan pun akaun bank anda, dan juga bukan duit anda, tapi DUIT boss anda. Takut duit tu terbakar, habis kena ganti balik

5. Tak Payah Tunjuk KERETA MEWAH

Hahhaha, ini satu lagi trending business yang mungkin anda sangat benci. Setiap benda je, nak tunjuk kereta, macam kereta anda tu power, mungkin beli pakai pinjaman je. Tapi anda tak suka nak menunjuk-nunjuk, sebab kereta pun takda. Jadi tak perlu takut pasal nak riak ke apa ke dan sebagainya.

6. Tak Payah Nak Penat Beratur Pos Produk

Hehhee, ini pun satu kerja lagi. Biasanya orang yang nak buat business dari rumah, jenis malas nak keluar rumah, nak beratur panjang dan sebagainya. Jadi, bagusnya, nak buat business, produk dah ada customer, lepas tuh, suruh boss atau syarikat tolong poskan untuk anda. Kan senang ?

7. Tak Payah Risau Upah Dropship Tak Terbayar

Memang banyak kes macam ini, ada yang buat dropship, affiliate, tapi komisen tak terbayar. Ada yang sanggup tipu dan sebagainya. Jadi, tentu korang nak satu syarikat yang betul-betul kukuh, yang boleh bayar komisen pengedarnya tanpa ada masalah.

8. Bangunan Syarikat Memang Wujud

Hehhe, ini yang ada masalah, nak rujuk lebih, nak tahu lebih info, boleh datang ofis syarikat yang sentiasa terbuka kepada orang awam. Jadi, memang company tu tulen, buat business secara legal di malaysia, dan bukannya ofis maya semata-mata.

9. Patuh Syariah

Hahaha, ini paling penting, business ini memang patuh syariah dan ikut konsep business dalam Islam, dan Halal. Produk pun halal dan bagus untuk kesihatan. 

10. Dapat Tunjuk Ajar Berterusan

Ye memang betul, korang join business, buat business, takkanlah tak dapat tunjuk ajar, takkanlah kena buat sendiri, lepas tu terkapai-kapai kemalasan, takda motivasi dan sebagainya. jadi mesti nak di ingatkan selalu. Tentu seronok kan dapat bimbingan percuma ? 


Amacam, ini baru sepuluh ciri-ciri yang korang suka. Memang ada yang tentu tunggu business yang sebegini. Mungkin dah bosan dengan dropship biasa, tak boleh nak uruskan perniagaan sendiri, malas nak buat produk sendiri, malas nak buat loan, tak suka nak tunjuk kereta, nak tunjuk baring atas duit. Kalau korang rasa nak seronok buat duit dari rumah dan rasa korang akan dihargai oleh syarikat, apa kata korang tengok video dibawah jap:





Young Entrepreneur System (YES) dari SHAKLEE

Program terbaru dari Shaklee ini, YES, memang sesuai untuk anda, program terbaru ini memang diadakan khas untuk anak-anak muda, golongan nak tambah income, golongan menganggur dan sebagainya. Korang tengok video di atas, hahah, ini semuanya geng-geng mak-mak dan ayah-ayah, yang  memang dah buktikan kejayaan diorang buat duit dari rumah, dan paling penting korang boleh automate business korang, walaupun korang pergi travel oversea.


buat duit online



Kenapa Shaklee Pulak ?

Hahah, macam-macam isu pulak bila kata produk US, sokong Israel dan sebagainya. Tapi korang kena tahulah, kenapa Shaklee ? Banyak sebab, bukan saja-saja. Oklah, cuba korang pertimbangkan untuk melihat sebab-sebab di bawah:


1. Produk Menyelamatkan "NYAWA" ?

Heheh, korang mesti nak cuba produk yang berkesan. Hoo berkesan macam mana ? Berkesan dengan cara yang selamat. Produk yang dapat selesaikan masalah yang selama ini menghantui diri kita setelah cuba pelbagai produk lain yang hanya merawat simtom je. Memang miracle tak bila saya katakan ada je yang berjaya mengubah hidup , dari nyawa-nyawa ikan, rasa takda harapan nak hidup, lepas tuh hidup sihat:

Insan yang berjaya bangkit, rasa macam dah takda harapan dalam dunia ini. Law Chu Hian , pembekas pembaca berita NTV7,  mengalami saat sukar akibat kanser, dan hidup dia serba tak kena selepas kimoterapi, tetapi akhirnya dia menjumpai ALFALFA Shaklee, dan seterusnya menjadi lebih sihat, lebih kaya dan berjaya.

Ada seorang lagi insan bernama Zuraifah Anuar, yang saya kagumi, memang dia dulu adalah pengidap SLE, mendengar ceritanya dulu memang takda harapan, nasib baik jumpa Shaklee, dan sekarang berjaya menjadi salah seorang jutawan dalam Shaklee.



2. Sebab Pencuci Ajaib, Mamat ni Beli "SHAKLEE"

Hahhaa, yang ni bukan sekadar beli je. Yang ni adalah Beli Company SHAKLEE. Sebab apa ye, sebab dia mudah, produk tu berkesan. Roger Barnett, businessmen terhebat, dan owner baru Shaklee, tertarik dengan produk basic-H sahaja. Kisah anaknya yang bernama Spencer Barnett yang pulih dari asthma yang teruk diceritakan dalam rancangan terkenal Oprah. Kalau korang tengok video diatas, hanya bertukar dari pencuci kimia kepada pencuci yang organik dan natural, masalah Spencer dapat diselesaikan. Roger terus mengakji pasal Shaklee, last sekali, haha, di beli satu SHAKLEE .




3. Ada Ujian Klinikal Dan Penyelidikan

Yang ni memang bagus, kebanyakan produk biasanya tiada ujian klinikal. Janji selamat, ok jalan. Ada juga produk yang claim ada kelulusan KKM, tapi sebenarnya baru apply. Tapi, yang lebih penting, Shaklee memang sentiasa ada ujian klinikal, lepas tu pulak ada lagi penyelidikan dari pihak ketiga, yang tiada kepentingan, untuk test produk shaklee ini. Boleh kata banyak jurnal diluar sana yang dah test produk Shaklee ini. Itu belum lagi, tahun ini, CEO Shaklee Roger Barnett melancarkan Shaklee Innovation Center, yang menunjukkan diorang memang nak buat produk yang terbaik. Paling mantap, pemenang Nobel Prize Elizabeth Blackburn pun ada dalam team saintis shaklee. 


Ini baru 3 sebab kenapa Shaklee, kalau nak cerita lagi kebaikannya, apa yang korang boleh dapat, memang tak terkata, jangan pelik, kalau dikatakan di Malaysia sahaja, seorang pengedar Shaklee pernah mendapat bonus bulanan sehingga 700 ribu ringgit malaysia, walaupun dia hanya serius business Shaklee pada 2010, lebih lambat dari otai-otai yang lain. 

Apa Yang Best Sangat Pasal YES ?

Hooo, oklah, hoo Shaklee. Tahulah jugak, tapi macam biasa je. Ye, itu dulu, tapi untuk program YES, orang baru yang mendaftar akan dapat lebih banyak manfaat dari otai-otai yang dah lama buat business ini. Hoo, antara yang terbaik untuk ahli baru mendaftar YES ialah

  1. 1 botol Vita-Lea Shaklee  - Multivitamin Terbaik di dunia sempena 100 tahun usia VitaLea Shaklee.daftar ahli shaklee dengan program YES
  2. 4 pakej set Shaklee  - yang paling hangat di pasaran dengan menawarkan harga TANPA GST. Pakej ini dari muda, tua, dan ibu-ibu yang comel lagi penyayang.
  3. Hadiah tunai berganda (gandaan 100%) - untuk peserta yang memenuhi syarat 100% EMI (Enrollment Matching Incentive)*. Sebagai contoh melalui EMI anda layak menerima hadiah tunai RM700, tetapi melalui program YES ini Shaklee membayar anda RM700 + 100% iaitu bersamaan RM1400 pada bulan ini.
  4. Pendapatan tunai bulanan  - extra 10% sehingga 50% setiap bulan selama 13 bulan. Contohnya bulan May anda layak menerima pendapatan tunai sebanyak RM1000, tetapi melalui program YES ini Shaklee akan membayar anda RM1500 pada bulan ini.
  5. Hadiah tunai sehingga RM10,000 - untuk peserta program YES yang berjaya FOLLOW dan DUPLICATE system ini dengan cemerlang.

Macam Susah Je Nak Buat ?

Hoo itu kalau buat zaman dulu punya, kena bawak pen kertas pelbagai. Kena jumpa orang present kat depan cikgu dan macam-macam lagi. Sekarang zaman online, anda perlu, rajin, share kebaikan produk shaklee ini kepada rakan fb, instagram, blogging dan sebagainya. Kalau tak reti nak buat fb, instagram, blog, itu semua kami boleh uruskan.

Kena Pergi Ofis Shaklee Ke Nak Beli Barang ?

Tak perlulah nak risau sangat. Kalau korang nak lebih keyakinan, boleh je pergi ofis tengok sendiri sistem di sana, sambil di layan gadis kaunter yang sangat cantik, peramah lagi lemah lembut. Tapi kalau nak online lagi mudah;

1. Ada website Online

Website online ini memang sangat mudah, korang boleh log in, dan tengok sendiri organisasi korang di website ini. Dulu kena pergi ofis, nak print GE, nak tengok anak buah punya point. Sekarang ni sangat mudah. Nak beli barang semuanya online, nanti pakcik GDEX tolong poskan barang korang. Memang puas hati, dalam tu ada banyak dokumen dan mesej penting dari pihak Shaklee Malaysia.


mudah buat business online


2. Shaklee Apps

Kalau korang rasa susah nak buat online dekat laptop, nak lagi mudah korang pergi Shaklee Apps, dekat mobile phone je. Dalam tuh, lagi banyak aplikasi, nota, nak order barang, semuanya dalam handphone je. Dulu mungkin nak tunjuk barang mesti kena bawak notes, sekarang tak sukar dah, tengok dalam smartphone je, macam-macam ada, dan paling penting boleh belian terus dari smartiphone korang.

3. Facebook Shaklee Malaysia

Fan page ni memang sangat sangat cool. Sebabnya, korang boleh tengok, ambil idea dari sini, dan paling best, banyak poste-poster menarik, untuk dijadikan sebagai tools marketing. jadi, tak payah dah pening kepala nak buat poster cantik-cantik. hooo, memang best design tuh.



4. ShakleeEffects IreachHD

Yang ni pula kalau korang pening kepala nak cari testimonial yang benar, apa kata, guna je video dalam koleksi Ireach HD, yang direkodkan terbaik untuk rujukan group ireach. Memang sangat best video ini, jadi tak perlu risau pasal testimoni, hanya marketkan produk yang berkaitan dalam video ini.

Boleh Jual Ke Produk Shaklee ?

Confirmlah YES, dengan menyertai team kami, kami akan ajar cara terbaik nak buat jualan terbaik untuk produk Shaklee. Masih ramai lagi yang belum tahu tentang kewujudan produk Shaklee, jadi peluang terbaik anda untuk membuat duit dari rumah, dengan hanya berkongsi kebaikan produk Shaklee kepada orang di luar sana. Jangan lupa juga, pasaran Shaklee bukan hanya di Malaysia, tapi korang boleh lebarkan sayap perniagaan korang sampai Indonesia, China, Taiwan, dan India.


YES !! Saya Nak Join YES

Jangan buang masa lagi, platform terbaik untuk buat duit dari rumah telah terbukti berjaya dan mudah untuk anda semua. Jadi terus sahaja hubungi boss saya Puan Ainul untuk mendaftar segera program YES ini. Anda akan diberikan tips terbaik bagaimana anda boleh mengembangkan lagi potensi ada dalam Program YES !!! Dari buang masa online, jom kita manfaatkan FB, Blog, Whatsapp untuk Extra INCOME. Kalau serius, jadikan Shaklee sebagai kerjaya anda. 



Ainul Mustafa
013-3612717
ainulfadzilah@gmail.com
https://www.facebook.com/DietDietSihat
http://jalanabadi172784.blogspot.com

3 comments:

  1. Menariknya . point :Malas Nak Keluar Rumah Lepas Balik Kerja .. haa ini mmg kena dgn batang hidung sendiri .. ngeh ngeh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, tapi sekarang ni kena rajin skt lah

      Delete
  2. Admin Tumpang Share...

    Main Simple Games Dan Dapatkan Duit Sebenar Dalam Matawang Euro. <a href="http://mgintro.blogspot.my/2015/03/apa-itu-marketglory-dan-cara-main.html">Klik Sini Panduan Cara Main Game Ini Dan Full Support Dari Saya</a>

    ReplyDelete