Kenapa Kita Perlukan Lemak ?

Semua orang tak suka lemak yang berada di badan, lagi lagi wanita. oh tidak, lemak membuatkan badan tak cun, terus jadi terduduk, tak comel macam ziana zain, anuar zain, malek noor, dan macam-macam lagi. Tapi ada juga beberapa saintis yang katanya wanita terutamanya perlukan lemak. Oklah, jom kita tengok sikit pasal lemak nih.


lemak sihat



Jenis Jenis Lemak Yang Wujud Dalam Dunia

Jenis -jenis lemak nih memang ada, oklah, ada 3 jenis. Senang je, kan. Oklah, jom kita tengok jenis-jenis lemak nih, dari yang tak sihat sampai yang sihat

  • Saturated Fats - lemak tepu, memang paling tak sihat sekali, biasalah, yang ni memang biasa sangat kita makan. Saturated fats ni yang tak sihat, kalau terlebih memang membuatkan badan jadi comel, dan boleh mengundang penyakit berbahaya seperti lemah jantung, diabetes, kencing manis, dan strok.

  • Monounsaturated Fats - yang ni kiranya ok sikit dari lemak tepu, monounsaturated ni biasanya ada dalam minyak zaitun dan yang berkaitan, kiranya lebih sihat.
  • Polyunsaturated Fats - ok yang ni paling penting, dan selalu sangat berkaitan dengan kesihatan, sebab badan sendiri tak boleh hasilkan, iaitu omega-6 dan omega-3. Pentingnya mereka ini perlu keseimbangan. Omega-3 lagilah penting, dikaitkan dengan kesihatan perut. hehehe.

Kenapa Wanita Perlukan Lemak ?

Bunyi macam tak best, tapi jangan lupa ye, wanita memang ciptaan tuhan yang paling sempurna. Boleh dikatakan setiap komponen penting, masa wanita mengandung, ada tersimpan di dalam lemak sihat ini. Ianya penting untuk perkembangan otak bayi yang sihat dalam kandungan. DHA yang sangat penting untuk perkembangan otak, akan diambil dari lemak simpanan yang diambil oleh ibunya.

Berapa Banyak Kena Ambil ?

Biasanya lemak saturated fats dan monounsaturated ini kita dah banyak sangat dah, sebab makan makanan biasa yang selalu kita ambil. Tapi polyunsaturated fats ini tak boleh dihasilkan oleh badan kita, jadi jawabnya kena ambil dari luar, memang sangat penting.

Manfaat Untuk Setiap Peringkat Umur

Memang sangat penting omega-3 dan omega-6, untuk setiap peringkat umur, dari dalam kandungan, hinggalah nak masuk kilauan emas pun, kena ambil lemak sihat ini. Semua orang pun tahu, omega-3 bagus untuk pembinaan otot, antibodi, pembentukan otak yang sihat dan sebagainya.

sumber: shape

Comments

  1. satu info yg menarik. lemak ini juga penting. jangan ingat semua lemak x bagus untuk kesihatan. lemak bertindak sebagai penebat dan sumber tenaga kepada kita. jangan sampai lebih pula lemak dalam badan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lemak memang penting, komponen penting, so berlebihan lemak

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suami Suka Berdengkur ? WAJIB Baca Ini Kalau Sayang Suami

Tidur Lambat Punca Hati Cepat Rosak

Tanda-tanda awal kanser payudara